Friday, April 30, 2010

Spageti

1 buku @2 buku bawang putih(depends byk mana daging nyer..
daging cincang (klu buat yg sekilo-2 paket )
tomato puree 1 tin(besar cm tin sardin)... See More
cili kering(dh blend ngn bawang merah)
sos tomato & sos cili..
cendawan tin (yg dh siap potong.. biasa guna rex)
sedikit cili padi(klu suka pedas)blend skali ngan cili kering..

panas kan minyak...then masukkan daging cincang...
bila dh berubah warna, masukkan plak bawang putih( tumbuk)...bila daging dh agak masak, masukkan plak cili kering..bila masak cili nyer, masukkan plak tomato puree..
masukkan cendawan..then cili sos & sos tomato..jgn llupa letak garam..ader gak yg suka letak meat ball..bleh letak ms letak bawang putih tuh..
then rasa lah..

utk spageti, biasa rebus ngn sedikit minyk & garam..

Ayam percik

Ayam setengah ekor
halia 1 inci
kinyit 1 inci
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
serai 2 batang
cili kering 5 tangkai (ikut suka kalu nak pedas tambah lagi)
1 cawan pati santan (saya guna pati santan dalam kotak kecil)
1 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan air
garam secukup rasa
1 keping asam jawa keping


Cara membuat :
Ayam basuh bersih dan dicelur bersama (1/2 inci halia, 1/2 inci kunyit & garam = ditumbuk) sekejap untuk mengurangkan minyak @ lemak ayam & mengurangkan masa membakar ayam itu nanti

Cara membuat kuah percik
1. 1/2 inci halia, 1/2 inci kunyit, 5 tangkai cili kering, 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih & garam ditumbuk lumat.
2. Masukkan pati santan dan bahan² 1. diatas api yang sederhana jangan lupa cakau² takut santan pecah minyak, kemudian masukkan asam jawa keping, serai yang dititik & tepung jagung yang dibancuh dengan air. kalu rasa pekat sangat tambah sedikit lagi air. Tunggu sehingga mendidih.

Cara membakar ayam
Bila bakar ayam ambil kuah percik sapu² sikit kat atas ayam... supaya naik bau & rasa mereasap ke dalam ayam.. bakar ayam tak lama sebab ayam dah dicelur tadi. bila nampak ayam dah masak kekuningan angkat ayam tu & siram dengan kuah percik tadi...

Serupa juga nak buat percik ikan kembung tapi tak perlu lah ikan tu dicelur....

Bergedil daging

Bahan-bahan:

500 gm ubi kentang (direbus hingga empuk bersama kulit)
100 gm bawang goreng
2 tangkai cili merah (dipotong kecil)
... See More
1 labu bawang besar (didadu)
1 tangkai daun ketumbar (dicincang halus)
2 biji telur
tepung
minyak untuk menggoreng
garam dan lada hitam secukup rasa

untuk tumisan daging:

200 gm daging cincang
1/2 labu bawang besar (dicincang)
1 tsp jintan manis
2 tbsp minyak untuk tumis

Cara-cara:

1. Untuk tumisan daging, panaskan minyak dan masukkan bawang besar, kacau sebentar dan masukkan daging dan jintan. Masak sehingga air daging hampir kering dan daging masak.
2. Lecek kentang yg telah ditoskan air, kemudian masukkan kesemua bahan termasuk daging kecuali telur dan tepung.
3. Setelah digaul rata, ambil sedikit adunan dikepal-kepal kemudian dileperkan sedikit. Buat sehingga habis adunan.
4. Panaskan minyak untuk menggoreng.
5. Sebelum goreng, begedil disalutkan dengan sedikit tepung dan kemudian disalutkan dengan telur. Kemudian goreng begedil sehingga kuning keemasan.
6. Toskan minyak.

Sedap dimakan begitu sahaja atau boleh dimakan dengan soto ataupun nasi.

Wednesday, April 28, 2010

Kek Gula hangus

Kek gula hangus..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 camca besar mentega
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh soda bicarbonat*(*digaul dan diayak)
4 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Masukkan gula pasir dalam periuk, masak hingga gula cair dan menjadi perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata (berhati2, sebab masa tuang air, gula tadi akan memercik). Masukkan mentega, kacau hingga cair dan sejukkan.
2. Putar telur hingga kembang dan pekat, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali masukkan no. 1 dan juga esen vanilla. Gaul rata dan perap adunan 2 - 3 jam.
3. Tuang dalam acuan yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Sejukkan sebelum dipotong...

Monday, April 26, 2010

Butter prawn

Bahan A
600 gm udang besar
1 s/t gula
1 s/t garam
1/2 s/t lada hitam
1 s/t minyak bijan

Bahan B
3 s/b tepung jagung
1 s/b serbuk kari ikan

Bahan C
3 biji kuning telur
1 s/b susu cair
1/2 s/t garam
1/4 s/t serbuk lada hitam
2 s/b butter

1 bj bawang putih - dicincang
2 bj cili padi - dicincang
1 tgkai daun kari - dicincang
2 s/b butter

Bahan perisa
1 s/b sos tiram
1/2 s/b gula
1/4 s/b serbuk lada hitam

Cara-cara
Bersihkan udang, buangkan kakinya dan tos kan.
Perap udang dengan bahan A selama 20 minit.
Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperap. Gaul rata.
Goreng udang tadi sehingga masak dan tuskan minyaknya.
Gaul rata bahan C. Ketepikan.
Panaskan kuali, masukkan butter. Kemudian, masukkan bahan C. Kacau campuran C dengan cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup. Angkat dari kuali.
Panaskan kuali dengan 2 s/b butter. Goreng bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang dan bahan perisa. Gaul rata sebelum dimasukkan telur goreng tadi.
Gaul rata dan hidangkan semasa panas

Cheese cake kukus

Cheese cake kukus

Bahan-bahannya
3 biji telur
100 gm gula
50 gm tepung
250 gm cheese cream
125 ml whipping cream
Essen vanilla
Cara-cara;
1) putar putih telur bersama separuh gula hingga setengah kental.
2) putar cheese dgn setengah gula lagi hingga gula hancur.
3) masukkan telur kuning,whipping cream,tepung dan essen.
4) tuangkan adunan putih telur tadi,kaup balikkan.
5) sapukan acuan dgn sedikit minyak.masukkan bhn dan kukus selama 40 – 45 minit.

Memang sedap... Selamat mencuba!

Roti aarab

Bahan-bahan: (resipi ni utk sekilo tepung)
- Tepung gandum/tepung high protein/bread flour
- Planta (3 sudu makan)
- Gula (2 sudu)
- Susu Pekat (2 sudu)
- Yis, bread softener & apa2 saja bhn yg bertindak utk melembutkan roti.
(kalau guna Yis Mauripan, bancuh yis dgn air. air ini digunakan utk mengadun tpg)

Cara2:
Dalam 1 bekas, satukan semua bahan di atas, kecuali yis. Gaulkan dan tuangkan air bancuhan yis td utk mengadun tepung sehingga sebati. Uli adunan hingga lembut.
(kalau nak senang gunakan bread maker, x lenguh tangan menguli)
Selesai menguli, biarkan dlm stgh jam @ hingga tepung naik 3 kali ganda. Tutup bekas adunan tpg tadi dgn tuala lembab.Bila tepung dah naik, buat bola2 kecil ( saiz ikut suka)
Canai utk mleperkannya sikit dan goreng dlm minyak yg banyak. Roti yg elok akan naik kembang n gebu semasa di goreng. Buat sehingga habis.

Kuah Roti Arab Kampung Style:

Dhal (segenggam)- di rendam
Keledek/kentang - potong dadu (gunakan keledek lg best)
Daging (sikit jer)-hiris kecil2
Serbuk kari daging (peket kecil, jenama apa pun boleh)
Bwg merah hiris halus*
Daun Kari8*
Bwg besar - dikisar
Santan secukupnya
garam
gula

Cara2:

Tumis bwg besar yg dikisar bersama rempah kari hingga garing dan wangi. Campurkan daging, keledek/kentang ,dhal dan juga santan. Perasakan dgn garam dan gula mengikut citarasa masing2.Sementara menunggu kuah masak,tumis bwg merah dan daun kari hingga naik bau kemudian tuangkan keatas kuah tadi.....Sedap.


Ayam halia

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
4 ulas bwg putih(dimayang)
2bj bawang besar(dimayang)
6bj cili padi(suke pedas bleh tmbh)(dihiris)
2inci halia muda(dimayang)
3sudu besar sos tiram
garam & gula secukup rasa
1/2 cawan air
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara
potong ayam mengikut kesukaan masing2, sy suke ptg agk kecik n cuci
Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga naik bau
selepas itu, masukkan ayam yang telah di potong
masukkan juga sos tiram, air, sedikit garam dan gula
masak sehingga ayam empuk dan bolehlh dihidangkan

Seri muka

pulut sekaya (seri muka)
lapisan sekaya
bahan
150 ml santan pekat
5 helai daun pandan
2 biji telur
3/4 cawan gula- ikut rasa biar rasa manis dimulut
150 ml air
8 sudu besar tepung gamdum
2 sudu besar tepung jagung

daun pandan di blend dgn 150 ml air bg mendapatkan jus pandan.
jus pandan campurkan dgn telur,gula, tepung gamdum dan tepung jagung. lagi mudah kalau semua bahan masuk dlm blender kemudian ditapis. masak atas api sebentar

* kemudian tuang di atas lapisan pulut. pulut itu permukaannya dicakar sedikit. kukus

Talam suji

tepung talam suji

lapisan bawah



11/2 cawan tepung suji

4 cawan santan cair

3/4 cawan gula (ikut selera nak manis tambah lagi

secubit garam (Ikut rasa)

pewarna kuning



1. bahan ni dicampurkan sekali dan dimasak diatas api yg kecil hingga agak pekat

2. selepas itu masukkan dalam loyang ratakan dan mampatkan dan dikukus selama 20 - 30 minit



lapisan atas



4 cawan santan pekat

11/3 cawan tepung gamdum

2 sudu besar tepung kastad

1 cawan gula merah

2 sudu besar gula pasir (ikut manis - masukkan dulu gula merah kalau kurang manis tambah gula pasir kalau dah sesuai x perlu)





1. semua bahan ini dicampurkan dan diadunkan sehingga tepung tidak berketul2 lagi mudah kalau masuk dlm blender kemudian tapis

2. masakkan di atas api yg kecil hingga pekat



****

lapisan bawah dah masak masukkan lapisan atas dan kukus selama 30 minit lagi



pastikan periuk kukusan dibalut kain supaya air x menitik ke dlmnya..

Talam tepung beras

tepung talam tepung beras

bahan lapisan bawah
3 keping gula kabung
4 sudu gula pasir
2 cawan tepung gamdum
5 cawan air
3 sudu besar tepung ubi
1 sudu teh air kapur makan
cara
panaskan kukus dan sapu loyang dgn minyak
gula kabung di masak dgn 3 cawan air tapis dan sejukkan, satukan semua bahan jika sudah manis x perlu masukkan gula pasir (ikut rasa masing2) kemudian dikacau hingga sebati ( lbih mudah guna blender) masukkan dlm loyang dan kukus 20-39 minit

lapisan atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil gram (Ikut rasa lebih baik masin sedikit)
cara
satukan semua bahan (blend lagi mudah) dan masak atas api sehingga agak pekat kemudian tuang atas lapisan bawah yg telah dicakar dengan garfu dan kukus selama 30 minit
Tutup pengukus dibalut kain supaya air x menitik atas lapisan kuih

Wednesday, April 21, 2010

Kueh apam

Resepi Apam Eno
* 1/2 cwn tapai nasi (1/2 keping ragi gaul dgn 1 cwn nasi, simpan 2 malam)
* 1 cwn air
* 1 cwn gula
* 1/2 paket tepung beras
* 1 cwn air
* 1 paket kecil eno

# tapai nasi diblender bersama 1 cwn air dan 1 cwn gula
# dalam bekas lain, adun tepung beras bers...ama 1 cwn air
# masukkan adunan tapai ke dalam adunan tepung, gaul rata
# perap +- 8 jam
# masukkan eno dan ratakan kedalam adunan yg dah perap
# ambil sesenduk untuk diwarnakan
# masukkan ke dalam acuan apam yg dah disapu minyak, letak 3/4 adunan asal & sedikit adunan warna di atasnya
# kukus +- 20 minit

Ayam masak Ros

Bhn2...
1 ekor ayam dipotong lapan
1 mangkuk pati santan
1 tin kecil pati tomato
... See More
2 camca besar serbuk rempah ayam
2 batang serai (dititik)
2 keping asam gelugur
1 gelas air
2 biji tomato
3 biji cili hijau
daun pandan
daun pudina
garam 1 sudu teh gula
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga
kulit kayu manis

Bahan dikisar:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
2 labu bawang besar
1 inci halia

Masukkan satu cawan minyak masak ke dalam periuk. Setelah panas, masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis. Masukkan juga sedikit halia serta bawang besar yang telah dikisar. Setelah bahan-bahan tadi kekuningan, masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang besar, halia, serbuk rempah ayam, serai dan daun pandan. Tumis hingga wangi. Selepas itu, masukkan air bersama ayam yang telah dibersihkan. Setelah ayam empuk, masukkan pati tomato, santan, asam gelugur, garam dan gula. Setelah mendidih, masukkan cili hijau, tomato dan daun pudina. Perlahankan api, masak sehingga naik minyak. Setelah itu, bolehlah dihidangkan

american baked cheese cake

american baked cheese cake

bahan A :

500g krim cheese
125g gula halus
150 ml double cream (di pukul hingga kembang)
4 kuning telur (size B)
1/2 parutan kulit lemon
90g tepung

bahan B :

4 putih telur (size B)
75g gula halus
1/2 sd teh jus lemon
30g tepung jagung

caranya :

-pukul bahan A,krim cheese hingga kembang,selepas 2 letakan gula dan pukul lagi.
-letakan double cream dan pukul.
-letakan kuning telur dan pukul hingga sebati.
-letakan parutan kulit lemon dan tepung.pukul lagi dan tepikan.
-dlm bekas lain pukul bahan B putih telur,gula dan jus lemon hingga kembang.lepas 2 letakan tepung jagung.
-campurkan bahan A & bahan B.
-bakar pada suhu 150'C selama 2 jam.
-klu rasa gula terlalu byk bole kurangkan,kek ni mmg manis.

Sardine roll

sardine roll

bahan2:

1 buku roti

inti:

1 tin sardin
10 biji lada kering - di tumbuk lumat
3 biji bawang merah - di tumbuk halus
3 biji bawang putih - di tumbuk halus
1 labu bawang besar - di hiris
sedikit air asam jawa
1 sd teh sos tiram
1 sd teh sos cili
1 sd teh sos tomato
sedikit gula

4 biji telur
2 sd mkn tepung

caranya:
-untuk inti,panaskan minyak tumiskan bwg hingga wangi.
-kemudian masukan lada kering,selepas itu masukan sardin dan hancurkan
-masukan sos tiram,sos tomato,sos cili,gula dan air asam jawa
-untuk mengulungkan roti,roti mesti di basahkan permukaanya dgn sedikit air dan leperkan.
-selepas itu letakan inti sardin dan gulungkan.buat sehingga habis.
-dalam mangkuk lain,pecahkan telur dan campurkan dengan tepung,pukul sehingga adunan telur sebati.
-panaskan minyak yg sederhana banyak,dengan api yg sederhana,celupkan roti yang telah digulungkan tadi ke dlm adunan telur dan goreng hingga kuning keemasan.
-siap dan bole d hidangkan bersama mayonis @pun sos cili mengikut citarasa masing2.
-sesuai d mkn waktu sarapan pagi ataupun minum petang

Tuesday, April 20, 2010

Donat

1/2 kilo tepung gandum
1/2 bungkus yis mauripan
3 sudu gula
3 sudu mentega
1 biji telur
2 sudu susu pekat manis
secubit garam....
Blend sume dgn secawan air...pastu masukkn kedalam tepung dn uli sampai lembut....bulat2kn mcm donat...biar setengah jam..pastu goreng hingga kekuningan ...nggkat dn gaul dgn gula halus..
P/s...minyak jgn terlalu panas k

Pagedil ayam

pegedil ayam: ayam bahagian dada + 3 - 4 biji kentang(di goreng)
- lepas tu di tumbuk bersama garam + lada sulah+ daun soup + daun bawang dan bawang georeng .
- kemudian di kepal-kepal agak kuat sedikit supaya tidak berderai semasa digoreng nanti dan bentukkan bulat leper seperti pergedil.
- pukul telur dgn garfu dan celupkan pegedi dan digoreng hingga kekuningan.
- toskan dan siap di hidangakan bersama sos cili...

Carrot Muffin

carrot muffin

Bahan2
250 ml susu segar
125g butter
180g gula halus
3 biji telur
250g tepung gandum
1 sd teh soda bikarbonat
2 sd teh baking powder
100g carrot yg telah di parut
(untuk 12 muffins)

caranya
-pukul butter dan gula hingga kembang.letakan telur dan pukul lagi.
-letakan tepung,soda,baking powder dan susu.
-akhir sekali masukan parutan carrot.
-letakan adunan kedalam papercup dan bakar pada 200'C selama 25 minit..
-muffin ini sesuai di mkn oleh anak2 yg x suka mkn sayur.

Kek Coklat

2 cwn tpg gndum+ 3/4 cwn coco powder+ 1 sdt bkg pwder + 2 sdt bkrbnt o soda---->skalikan n ayak....

pukul sbuku mntega + 1 1/2 cwn gula pasir smpai kmbang

masukkan 3 bijik telur sbijik dmi sbijik n putar lg...

masukkan 3/4 cwn susu pekat n putar lg n last skali masukkan adunan tepung sket... da abis tpung gaulkan just smpai sbati... jgn over gaul.. t kurengs sket

masuk dlm loyang yg agak2 muat tuk kek tu naek skali gande dr adunan...

better kukus 45 minit... slamat sket n kek masak skate n moist..


tips: first 10 mnit jgn bukak ttp pengukus tuk tgok kek tu naek ke tak n gune api kecik lepas air dlm pngukus da btl2 mndidih...

tuk topping: scwan coco powder+scawan susu pekat(depend ikut citerase nk manis ke kurang manis ke bley tmbah or kurangkan susu).. kalu pakai whisker tgn tu smpai sbati.. kalo pekat sgt tmbah air panas skittt je... da sbati masukkan minyak masak dlm stgh cwn + sket butter tuk kasi lemak... kacau lg smpai sbati n rendam skejap dlm air panas kat dlm pngukus tu... bile kek da masak.. kuarkan n sejukkan n tuang la topping tu atas die.. siapppp...

Aiskrim

1 litter susu Ductch Lady ( coklat @ strawberry)+200g coffermate+ 2 @ 3 sudu gula ( ikut suka)+ essen vanilla 1 tutup.
-Blander semua bahan dan tapis, kemudian simpan dalam peti ais.
-Esoknya blander lagi dan tapis ,kemudian simpan dalam peti ais semula.
- Esok nya baru boleh dimakan...( kena bertapa 2 ari baru oleh makan hee)
--hisan ikut suka : saye gunakan coklat rice atau hancurkan biskut marrie.. pun sedap..

P/s: resepi ini saye petik daripada resepi kak syahrul bariah & ,resepi zuryanty lebih kurang sama cuma ada tambah kacang merah ( pelbagai varasi boleh dicuba)
-kerana ramai yg bertanya bagaiman hendak membuatnya.utk permudahkan rakan2 ...dan saye olah dan tamabahk dan kurangkan sukatanya supaya senang membuatnya....
---hasilnya memang sedap w/pun kena tunggu 2 ari .... berbaloi....

Kueh talam jagung

KUEH TALAM JAGUNG

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan jagung cream
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan
1/2 cawan gula

Bahan Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. ...Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
3. Kukuskan selama 30 minit.
4. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.
6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan betul2 barulah dipotong.

sos black pper

panaskan butter dlm 3 sdu mkn.. tumiskan bwag besar yg dpotong dadu (halus) hngga..wangi masukkn 1 sudu mkn tepung jagung..masak sampai tepung tu berwrna perang..api perlahn n kacau sllalu..kmdian masukkn air dlm 2 cawan..masukkn seketul kiub ayam n kacau sampi likat..masukkn sedikit sos cili n tomato n kicap sedikit..jgn hitam sgt ... See Morennti x cntik..masukkn grm,gla n lada hitam yg ditumbuk kasar ikut kpedsn yg mau..sdap d mkn ngn aym bakar..sejuk masuk botol n smpn dlm frezz..slamt mncuba..

Cream Puff

Cream Puff

Bahan utk kulit
... See More
70 gm marjerin
140 gm gandun red ross (kedai jual bahan kek ada jual tepung ni)
4 biji telur
200 ml air
1/4 sudu garam
1 sudu teh perisa vanila

bahan utk inti
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1/2 tin jagung cream
3 sudu besar tepung kastad

cara-cara buat kulit
1. Masak air dgn garam, bila dah menggelak, masukkan marjerin.
2. Bila marjerin cair, masukkan gandum, kacau hingga sebati . Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
4. Bila betul2 sejuk, masukkan kedalam mesin adunan, campurkan vanila dan telur. Putar hingga kembang.
5. Bila sudah kembang dan sebati masukan dalam piping beg, kalau hendak senang bulatkan dgn sudu pun boleh
6. Panaskan oven 180C dan bakar selama 15- 20 min atau hingga masak kembang.
7. Bila dah masak, angkat dan belah,masukkan inti

Puding roti marble

PUDING ROTI MARBLE

Bahan A
10 gm serbuk agar-agar
1 Liter air
1 cawan gula

Bahan B
7 keping roti [buangkan kulit dan koyakkan kecil]
1 tin susu cair
1 cawan air buah koktel atau peach
1 s/k esen vanilla
1 biji telur ayam

Bahan C
3 s/b tepung kastad + 5 s/b air
2 s/b serbuk koko... ]
2 s/b air ] bancuh

Cara
1. Masukkan Bahan A dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
2. Blend halus Bahan B.
3. Bancuhkan tepung kastad dan air dan masukkan dalam Bahan B
4. Masukkan Bahan B dalam periuk Bahan A dan masakkan sehingga mendideh [nampak blup..blup gitu].
5. Tutup api dan bahagikan adunan pada 2 bahagian.
6. Masukkan larutan koko dalam 1 bahagian yg berasingan dan biarkan 1 bahagian warna asal.
7. Sediakan loyang dan tuangkan adunan plain dan coklat berselang seli mengikut beberapa lapisan yg disukai. Sejukkan.
9. Hidangkan puding dan hiaskan dengan hirisan peach atau fruit koktel dan lebihan air dalam

Monday, April 19, 2010

Agar2 laici

bahan2:-
sebungkus agar-agar (25g)
1 tin buah laici
... See More
1 tin susu cair
3 cawan gula
4 cawan air

cara2:-
*buah laici dan airnya disingkan. buah laici dihiris nipis-nipis/blend + susu cair.
*agar-agar dimasak besama 4 cawan air serta air dr tin laici sehingga ianya cair sepenuhnya.
*kemudian masukkan 3 cawan gula dan dibiarkan ianya cair.
setelah gula cair, masukkan buah laici yg telah dihiris tadi.
biar mendidih, kacau sehingga sebati, biarkan mendidih sedikit.* tutup api dan masukkan kedalam bekas.
sedia dimakan setelah ianya beku.

COBALAHH PASTI NK LAGI.. ;-)

kuah black pper

1/2 kg daging(hiris halus), basuh n toskan. pas2 perap dgn 1/4 cwn kicap mnis (saya guna cap kipas udang), 1/4 cwn kicap masin dan 1/8 cwn sos tiram. perap 1/2 jam atau lebih.
4 biji bwg besar dihiris halus, 2 sudu besar lada hitam(ditumbuk agak halus), 1/2 buku butter, 1 tin susu cair,
1/2 kotak santan atau 100ml (saya guna cap ayam brand)
Cairkan butter, kmdian masukkan bawang besar higga layu.
masuk daging, lada hitam. bila dgg dah empuk masuk santan n susu cair. jika pekat tmbah sikit air. cubalah, tentu anak2 suke...
... See More

Cucur kembung

1/2 kg tepung gdum,
1/2 paket mauripan,
1 sudu bsar susu pekat,
2 sudu besar minyak msk,
2 cwn air,
sikit garam
mauripan + air.
kesemua bahan digaul rata, kmdian masukkan sikit2 air yg bersama mauripan td. Uli mcm buat nak buat donat. biar 1/2 jam atau hgga naik. pas2 grg. pastikan tgn disapu myk jika x nnt tepung melekat. slamat mencuba...


Ketupat sotong


ketupat sotong

-sediakan sotong (pastikan bukan sotong jarum) tanggalkn kepala n bersihkan
- beras pulut
-lidi satay
... See More

utk kuah:
bwg merah dihiris nipis
satu sudu mkn halba
sedikit halia dihiris nipis
santan
sedikit garam

cara2:
mula2 masukkn beras pulut yg telah dibersihkan ke dlm perut sotong dan selitkan lidi satay(jgn panjang sgt) pada bhg atas sotong spy beras x keluar. rebus seketika (separuh masak) dan toskan.

di dlm periuk lain masukkan bahan utk kuah td, kemudian masukkan sotong yg siap direbus. masak di atas api sederhana dan sentiasa kacau kuah tu. agak2 dah mendidih lama sikit bole la dimatikan apinya

Ayam panggang

bahan: jintan manis,serai,lengkuas,cili merah,bawang merah, bawang putih( all blended) garam dan gula. lumurkan pada ayam, perap dan bakar dlm oven. selamat mencuba

Bakso

bahan2 bakso:-
- mee hoon
- daging (dicincang ikut citarasa)
- meetball
- daun bawang (RM 1.50 ) (hiris 2 inchi)
... See More
- bawang putih 2 labu (dibelah 3 kesemuanya)
- lada putih/sulah (RM 50sen)
- bawang goreng ( 2 paket)
- daun sup
- kubis (di mayang)
- perasa

bahan2 sos :-
- lada besar merah 5 btg (dipatah 3 dan goreng smpai layu)
- tomato belah 4 (digoreng sampai layu)
- perasa

cara2nya :
- daging direbus separuh masak..
- daun bawang digoreng smpai layu kmudian toskan dan dikisar
- bawang putih digoreng sampai layu n toskan kmudian dikisar.
- daun bawang n bawang putih yg dah dikisar masukan ke dalam air rebusan daging td..api sederhana..
- masukkan lada sulah n perasa...
- sudah mendidih masukan bawang goreng n meetball..
- dirasa n tunggu sehingga masak
- masukkan daun sup sdikit

cara membuat sos :
- lada besar digoreng smpai layu
- tomato digoreng sampai layu
- digoreng asing..kamudian dikisar
- nk tambah pedas letak sedikit cili padi merah
- bahan2 yg dikisar panaskan ke dalam periuk kcil n letakkan perasa..

SELAMAT MENCUBA...:D

Daging masak merah

Bahan-Bahan
Daging -- lebih kurang 250gm - rebus sekejap aje - tos dan warna sikit dgn pewarna merah. Air rebusan daging jangan buang..
2 ulas bawang putih - tumbuh kasar (recah-recah) atau pun hiris kecil
3 ulas bawang merah - tumbuk kasar
1 labu bawang besar - hiris bulat
... See More
2 - 3 biji cili padi (bergantung pada saiz ler ..kalu besar bubuh 2- kalau tak nak pedas tak payah bubuh) - tumbuk juga
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu kicap cair
6 helai daun limau purut
2 batang serai - diketuk
sedikit carrot/kancang panjang hiris kecil2
sedikit minyak utk menumis
garam secukup rasa

Cara-cara
1- Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah hingga naik bau.
2-Masukkan cili padi dan bila naik bau masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap. Serta serai dan daun limau purut.
3-Masukkan daging dan sedikit air rebusan ( ni bergantung kpd banyak mana nak ada air kuahnya).
4. Rasalah manis masinnya ..jika kurang masin masukkan secubit garam.
5. Last sekali masukkan sayur s/ada carrot atau pun kacang panjang berserta bawang besar .
6.Dah nampak sayur tu layu sikit tutup api..angkat makannnnn panas2 besttt giler

Sunday, April 18, 2010

Jeli kelapa

Bahan-bahan (12 cup )
1 peket serbuk agar2 10gm (jenama jim willey (koniyaku)
1 mug gula
4 mug air
4 mug air kelapa muda
isi kelapa


Cara-cara
gaul serbuk agar2 dan gula
didihkan air bila mengelegak campurkan agar2 tadi

kacau sampai hancur

tutup api masukakn air kelapa muda tadi gaulkan.

masukan isi kelapa tadi kedalam cup dan tuang jelly tadi sejuk kan dan baru masukkan ke dalam peti ais

makan waktu sejuk

sambal kantan

Bahan-bahan (2 org makan )
6 biji cili padi (ditumbuk bersama belacan)
3cm belacan
1 biji bawang besar dihiris
1 bunga kanatan dihiris halus
secubit garam
secubit pak aji

Cara-cara masuk 1 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang yang dihiris tadi]

cili padi dan belacan ditumbuk lumat tadi masukkan ke dalam bawang yang ditumis tadi gaulkan dan masukkan bunga kantan yg dihiris tadi gaul kan garing

masukkn garam dan pak aji dan hidangkan dengan nasi panas..

Makaroni bakar

Makaroni Bakar
masak sebungkus macaroni, sedikit kenyal
2-3 mangkuk keju Cheddar, parut kasar
1 cawan daging/ayam cincang di rebus atau udang - biar mentah)
1½ cawan susu penuh krim
1 cawan kobis bunga, potong kecil
¼ cawan daun saderi/daun sup, dicincang
1 sudu makan daun bawang, dicincang
2 senduk mentega
Garam, gula dan lada hitam, secukup rasa

Cara
Panaskan ketuhar pada 150°C.
Lengserkan bekas/dulang pembakar dengan mentega
campurkan semua bahan lain kecuali keju dan separuh drpd. susu, gaul rata
Letakkan satu lapisan campuran makaroni dalam bekas pembakar
Letakkan pula satu lapisan keju parut
Ulang proses, selang seli
Curahkan susu pada lapisan terakhir
Taburkan sedikit garam & lada hitam di atas
Boleh taburkan lagi keju di atas sekali
Bakar selama 30 minit/sehingga masak
sesuaikan masa & kepanasan mengikut jenis ketuhar
p/s...
Untuk masak makaroni "kenyal", didihkan air seperiuk, masukkan makaroni kering, dengan dua sudu mentega dan garam. Masak mengikut peraturan di peket, tapiskan dan bilas dengan air sejuk
boleh juga guna keju keras yang lain. Jangan guna keju jenis krim/keping

dr resepi nih... saya xikut 100%...
kalau suka.. bleh tambah capsicum, button mushroom, buah olive.. then tambah telur lg..
cheese, ada masa saya campur cheddar n parmesan...
semuanya tpulang pada khendak masing2

kek batik

1 buku butter,
2 sudu bsr serbuk koko,
1 cawan milo,
1/2 cawan nestum,
3/4 tin susu pekat,
6 biji telur,
biskut marie suckupnye(patah2kn).
cairkn butter datas api g prlahan..masukkn bhn yg lain2.kacau smpi pekat.masukkn biskkut, gaul smpi rata.masukkn dlm loyang n tekan2 supaya padat..sejukkn ..selamat mncube... :)

muffin coklat

Bahan-Bahan

½ cawan mentega
½ cawan minyak jagung
1 ¼ cawan gula perang
3 biji telur
2 ½ cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu makan serbuk koko
200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
Sedikit coklat chip untuk hiasan.


Cara-cara:

1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180-190’C selama 15 minit.
2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
6. Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.Siap untuk di bakar.
7. Bakar selama 20 minit.


Tips:

1. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
2. Pukul adunan dengan menggunakan
pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan
muffin berbeza dengan kek.
3. Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
4. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
5. Untuk mendapat muffin yang sedap,
gantikan tepung gandum dengan Tepung Ros (ayak terlebih dahulu) yang
boleh didapati dikedai2 bakeri. Harga tepung ros ini mahal sedikit
tetapi untuk hidangan sendiri sangat berbaloi.
6. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
7. Anda boleh mengguna kan cup kertas
saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji
(saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

Spageti melayu


bahan;

5 bj bawang merah
1 bj bwg putih
daging hancur 1 buku
sos spegeti cndawan 1 btl
susu cair 3/4 tin
mozarella
spageti drebus.

cara

bwg mrh,bwg putih ditumbuk..kemudian ditumis hingga naik bau..kmudian mskkn daging hancur yg dibasuh dgn sdikit halia..supaye da...ging tu x hanyir..masuk sos spegeti..mskkn susu cair..dah agak masak..br la masukkan mozarella..klau suke cis bnyk..masukkn bnyk..emm try la sedap sgt..klau suke pedas masukkan la cili padi yg dipotong ptg ms nk tumis bwg..ni resepi spageti org melayu.

Sunday, April 11, 2010

Puding roti caramel

bahan A
1/2 cwn gula( masak sampai perang)
bahan B
1 buku roti(8 keping)
1 tin susu cair
11/2 cawan air
2 biji telur
3/4 cawan gula
1 sudu teh vanilla2 sudu besar
tepung kastad
cara2

1-panaskan kukusan

2- gaul rata semua bahanB.
3. Masukkan bancuhan ked...alam loyang yang ada gula yg telah dicairkan.
4. kukus selama 30 minit.
5. sejukkan dulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar

Friday, April 2, 2010

Mutiara Hikmah

Dalam hidup ini tidak jarang yang meratapi nasibnya, menyesali keberadaannya, bahkan bertanya-tanya mengapa hidupnya harus begini. Orang yang miskin bertanya, kenapa Tuhan harus menjadikan dirinya miskin, bukan menjadikan dirinya orang yang kaya raya. Orang yang tertimpa musibah bertanya mengapa harus mendapat musibah yang berat. bahkan orang yang berdo'a juga bertanya, kenapa do'anya belum juga dikabulkan. Ada apa sebenarnya dengan semua ini?

Kita sebagai orang yang beriman hendaknya bisa menanamkan bahwa segala sesuatu yang menimpa kita dan semua yang terjadi di dunia ini, pada hakikatnya sudah menjadi ketetapan dan kehendak Allah SWT. Dan apa-apa yang Allah ciptakan dan tetapkan tidaklah sia-sia belaka, semuanya mengandung hikmah dan pelajaran yang berhaga buat kita, sebagaimana firman Allah dalam surat Ali 'Imran 191
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka.(QS:3/191)
Bisa saja hikmah dibalik semua kejadian itu diketahui oleh manusia, tapi tidak jarang yang tidak tau bahkan tidak mau tau dengan semua itu.

Sekilas jika kita melihat nyamuk, yang menurut orang adalah sumber penyakit demam berdarah yang sangat mematikan. Sampai-sampai orang yang tidak beriman bertanya mengapa Tuhan menciptakan mahluk yang bernama nyamuk, sebagaimana telah disiratkan dalam surat Al-Baqarah 26
إِنَّ اللَّهَ لا يَسْتَحْيِي أَنْ يَضْرِبَ مَثَلا مَا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَذَا مَثَلا يُضِلُّ بِهِ كَثِيرًا وَيَهْدِي بِهِ كَثِيرًا وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلا الْفَاسِقِينَ
Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, Maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?." dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik

Dari perumpamaan nyamuk, kita sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT hendaknya bisa berfikir bahwa tidak ada yang bisa menciptakan mahluk yang sekecil itu sekalipun dikerjakan secara bersama-sama. Semua ini merupakan pelajaran yang berharga bagi kita untuk lebih menambah keyakinan kita kepada Allah dan jangan sampai hal ini menjadi sesuatu yang akan membuat diri kita sesat. Disisi lain hikmah penciptaan nyamuk yang merupakan sumber mala petaka bagi manusia adalah, banyaknya orang membangun pabrik obat nyamuk, ada yang bakar, semprot, oles dan yang elektrik. coba kita hitung berapa ribu orang yang mendapat risqi dari pabrik obat nyamuk, semakin besar pabrik obat nyamuk maka semakin banyak pula lapangan kerja.

Begitu juga dikala kita terkena musibah, keluarga kita sakit atau bahkan kita sendiri yang sakit, jangan lantas putus asa. sebab dibalik semua itu ada hikmah yang bisa kipetik. Misalnya dengan sakit orang yang selalu lebur bekerja untuk mendapat rizqi bisa istirahat, ketika mau kerumah sakit harus naik taxi atau becak bisa juga di antar oleh tetangga, secara tidak langsung kita telah ditunjuk Allah untuk menyampaikan risqi-Nya kepada supir taxi atau abang becak dan atau memberi kesempatan kepada orang lain untuk beramal shaleh.

Oleh karena itu janganlah kita melihat suatu musibah dari satu sisi saja, bisa saja satu sisi terlihat buruk, apa lagi jika melihatnya dari kacamata nafsu dan kepentingan pribadi. Apapun yang terjadi pada diri kita meskipun itu buruk dan menyakitkan, pasti dibalik semua itu ada hikmah. Allah berfirman dalan surat An-Nisa' 19
فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا
.... kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, Padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.

Puding jagung

3tin susu cair
2tin susu pekat
1 tin jagung
1 peket tepung kastad
1 peket serbuk agar2 (250gm)
~masak agar2..biar mendidih
~(Bancuh dibekas lain)
masukkan 1 tin jagung,susu cair 11/2 tin,susu pekat 1 tin.masukkan 4 sudu besar tepung kastad.
~kemudian masukkan kedalam agar2 tadi..kacau hingga mendidih...


(Untuk sos nye)
~masukkan 11/2 tin susu cair,1/2tin susu pekat,tepung kastad 3-4 sudu besar..kacau diatas api yg perlahan sehingga pekat..
~kemudian tuangkan diatas agar2 td yg telah dibekukan terlebih dahulu

Char hou fan

1~Goreng kueteow dgn kicap
2~Tumis bawang putih
3~masukkan daging/air rebusan
4~masukkan lada hitam dan sos tiram..biar mendidih samp[ai daging empuk
5~Masukkan udang..sayur kubis dan tauhu
6~masukkan tepung jagung(dikacau dgn sedikit air)
7~masukkan daun bawang...pecahkan telur 2 biji..dan tutup api...
8~angkat dan tuangkan atas kueteow tadi...
Nota~~mmg sgt sedap resepi ni..my faveret!!!nyummyyy

Bubur daging

250gm daging
80gm beras
800ml air
1 tin susu/santan
2 sudu besar lada hitam
3cm halia(dipotng nipis2)
3 ulas bwg merah
3 " " putih
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 sudu besar marjerin
garam dan kiub pati ayam secukup rasa

~Panaskan marjerin,tumis bahan2 td...masukkan daging,air dan beras.
~didihkan hingga lada hitam pecah..kemudian masukkn santan dn kiub pati ayam....apabila sudah siap..hidangkn brsama bwg goreng dn daun bwg
Nota~~untuk nk mudah potong daging ..rebus dulu daging tu..kemudian potong kecil2!

tart nenas

250gm butter
50gm gula
2 kuning telur
300gm tepung serbaguna
50gm tepung jagung
secubit garam
~pukul gula dan mentega hingga kembang..masukkan telur,garam dan tepung.
Nota~~jika bancuhan masih lembik tambahkan tepung sikit lg!

Apam pisang

1 1/4 cawan gula
4 cawan tepung
pisang 5-7 biji
1 1/2 cawan air
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam

>>>Pisang dilenyekkan bersma gula n garam.kemudian masukkan air ,tepung dn soda...gaul sebati ..biarkan 10-15 minit...kemudian kukus dlm 1/2 jam

Isteri Luar Biasa


Berkahwin dan memiliki sebuah keluarga sentiasa menjadi keinginan seorang wanita.
Jika ditanya pula pada seorang wanita yang baru mendirikan rumahtangga, kebanyakannya ingin menjadi isteri yang baik kepada suami dan ibu yang baik kepada anak-anaknya.
Antara lain harapan yang diletakkan ialah ingin mengekalkan kebahagiaan hingga ke anak cucu, malah ada yang ingin kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Sekalipun matlamat dan harapan cukup jelas, ramai yang gagal meramal atau menjangka laluannya tidak semudah yang disangka.
Alasannya cukup mudah, jika yang diinginkan ialah kebahagiaan, sudah tentu yang diuji adalah ketahanan dan pengorbanan setiap individu yang inginkan kebahagiaan tersebut.
Bahagia tidak datang secara percuma, juga bahagia bukan sesuatu yang boleh diperturunkan oleh sesiapa kepada sesiapa.
Kebahagiaan perlu diusahakan.
Laluannya perlu difahami, teknik dan strategi perlu dipelajari, rintangan dan halangan perlu dijangka lebih awal, persediaan mental, fizikal dan kejiwaan perlu sentiasa dibina dan ditingkat, kemahiran asas dan tambahan perlu dipelajari, petua dari yang orang yang berjaya dan berpengalaman perlu sentiasa dituntut dan yang penting sekali perhubungan dengan Yang Maha Berkuasa perlu sentiasa dihidupkan.
Bagi seorang wanita yang ingin menjadi isteri yang solehah, mereka perlu jelas dengan apa yang dinyatakan tadi.
Isteri solehah di sisi Allah selayaknya diberi ganjaran syurga. Sementara syurga itu adalah tempat orang yang juga mendapat tempat disisi Allah.
Orang yang mendapat tempat disisi Allah pula bukanlah orang yang sembarangan, bukan orang yang kalah bila diuji, yang melatah bila ditimpa kesusahan dan putus asa bila diuji dengan kesabaran.
Isteri yang solehah boleh dikatakan sebagai isteri yang luar biasa pada masakini.
Pada masa ini terdapat lebih ramai isteri yang biasa-biasa saja dari segi ketaatan dan kepatuhan kepada suami juga biasa-biasa sahaja dari segi ketahanan jiwa dan mentalnya dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.
Sesuai dengan apa yang diceritakan oleh Nabi dalam Isra' baginda dimana kebanyakan dari penghuni neraka adalah wanita, termasuklah wanita yang derhaka kepada Allah dan suaminya.
Jika sudah itu kenyataannya sudah tentu di dunia kini kita dapat melihat banyak wanita yang bergelar isteri mempunyai ciri-ciri ahli neraka. Juga pada masa yang sama jika terdapat golongan wanita yang mempunyai ciri-ciri ahli syurga sudah tentu sedikit bilangannya.
Maka dari kiraan statistiknya kumpulan yang terkeluar dari populasi yang ramai atau yang biasa dinamakan sebagai kumpulan yang luar biasa.
Dalam konteks sebuah perkahwinan, kedudukan wanita atau isteri di sisi suaminya adalah sebagai pembantu atau suri dalam kehidupan. Jika suami ibarat raja yang boleh bertitah dan mengeluarkan perintah, isteri pula umpama menteri yang menerima segala arahan dan wajib mentaati serta merealisasikan perintah tersebut.
Dalam ertikata yang lain, isteri bertanggungjawab mentaati perintah suami.
Dalam Al-Quran jelas menyatakan perkara tersebut dimana isteri wajib mentaati suami selagimana perintah suami tidak bercanggah dengan perintah Allah Taala.
Isteri yang luarbiasa perlu lulus segala ujian. Ujian seorang isteri terletak dibawah kemampuannya mentaati perintah Allah dan juga perintah suaminya. Isteri yang ingin lulus dengan jayanya perlu mengetahui beberapa perkara yang menjadi kunci atau asas kejayaan.
01.Pertama, isteri perlu meletakkan Allah sebagai pusat ketaatan yang tertinggi dan utama atas segala-galanya.

Sementara suami wajib ditaati selagi apa yang diperintah tidak menyalahi atau membelakangi ketaatan isteri kepada Allah.
Dalam ertikata lain, isteri perlu tahu dan faham bahawa ketaatan beliau kepada suami adalah kerana Allah memerintahkan beliau untuk berbuat demikian, bukan kerana suami yang mengkehendaki sedemikian.
Adalah penting untuk isteri memahami perkara ini kerana kebanyakan isteri yang 'biasa-biasa' mudah merasa putus asa untuk terus mentaati apa yang dikehendaki oleh suami terutama apabila keinginan suami bercanggah dengan keinginan sendiri atau suami tidak membalas ketaatan dan kebaikan yang isteri lakukan.
Isteri yang luarbiasa mempunyai matlamat yang juga luarbiasa atau yang tidak dapat dilihat oleh isteri yang 'biasa-biasa'.
Jika isteri yang 'biasa-biasa' melihat hubungan antara suami dan isteri sebagai interaksi antara pasangan bercinta, isteri yang luarbiasa melihat hubungan tersebut dan interaksi antaranya sebagai ibadah kepada Allah Taala.
Maka tidak kiralah samada suami membalas atau tidak kebaikan yang dilakukan, isteri sebegini tidak akan berhenti dari terus melaksanakan kewajiban yang ditetapkan oleh Allah Taala.

02.Kedua, isteri perlu sentiasa menjana kekuatan mental dan spiritualnya.
Tanggungjawab seharian seorang isteri sangat mencabar kekuatan jiwa. Apatah lagi jika isteri tersebut bekerjaya. Tuntutan tanggungjawab yang berterusan mudah menekan perasaan naluri isteri yang secara fitrahnya sememangnya lembut dan halus.
Lebih mencabar lagi jika isteri tersebut mempunyai suami yang kurang sensitif atau kurang bertimbangrasa dalam hal-hal berhubung tanggungjawab di rumah.
Walau apapun keadaannya, apa yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seorang isteri akan kekal sebagai tanggungjawab yang bakal disoal di akhirat kelak.
Dalam ertikata yang lain, sekalipun isteri tersebut bekerja, tidak sekali-kali dia terkecuali atau dikurangkan dari tanggungjawab asasnya terhadap rumahtangganya.
Dalam keadaan ini jika tekanan tidak dapat dikurangkan seorang isteri yang luarbiasa akan sentiasa meningkatkan kekuatan mental dan spiritualnya melalui hubungannya dengan Allah Taala.
Semakin kuat tekanan, semakin rapat hubungannya dengan Allah. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasullullah s.a.w;
"Barangsiapa menjadikan semua kebimbangannya kepada satu kebimbangan (akhirat) Allah akan melenyapkan semua kebimbangan keduniaannya, dan barangsiapa yang membimbangkan tentang hal-hal keduniaan, Allah akan membiarkannya tenggelam dalam kebimbangannya"
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman yang kira-kira bermaksud:
"Wahai anak Adam! Luangkanlah masa kamu untuk beribadah kepadaKu dan Aku pastinya akan memenuhi dadamu dengan kekayaan dan kesenangan (iaitu merasa puashati dan bebas dari kesusahan) dan membebaskan kamu daripada bergantung (pada orang lain untuk keperluanmu) tetapi sekiranya kamu tidak melakukannya maka Aku akan memenuhi dadamu dengan perasaan gelisah dan rasa bersalah dan tidak akan membebaskanmu daripada bantuanmu (dan keperluan)."
Dengan kata lain, semakin bertambahnya kekayaan, kamu akan bertambah bakhil dan kamu akan sentiasa dalam kebuntuan.
Isteri yang luar biasa menjadikan Allah sebagai tempat mengadu, tempat bergantung dan memohon kekuatan.
Dalam keadaan bebanan tanggungjawab yang semakin bertambah; melayan dan memenuhi keperluan suami, mendidik dan mengasuh anak-anak, mengurus kerja-kerja rumahtangga yang tidak pernah berkesudahan, kemudian di tambah lagi dengan tuntutan tanggungjawab kerjaya sudah tentu kudrat manusia biasa tidak termampu untuk menanggungnya sendirian, apatah lagi oleh wanita yang berjiwa halus dan berfizikal lembut.
Dalam keadaan ini hanya Allah sahaja yang mampu memberi kekuatan, tempat mengadu yang menyediakan pemahaman yang amat mendalam dan tempat menggantung doa serta harapan yang tidak pernah mengecewakan.
Isteri luarbiasa mempunyai pertalian yang luarbiasa dengan Penciptanya.

03.Ketiga, isteri luarbiasa jiwanya penuh dengan kasih sayang.
Kasih sayang tersebut sentiasa mendorongnya untuk memberi berbanding menerima, memahami berbanding menuntut orang lain memahaminya, mengutamakan berbanding diutamakan, berkorban berbanding mengharap orang lain berkorban untuknya.
Isteri sebegini sedar dimana beliau dapat menyalurkan kedukaan dan keluhan agar tidak sampai nampak pada pandangan suami apatah lagi menyusahkan suami.
Bagi seorang isteri yang luarbiasa akhlaknya, tanggungjawabnya lebih utama dari hak yang perlu dituntut. Tanggungjawab akan dikira di depan Allah berbanding dengan hak.
Isteri solehah lebih gusar jika tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak dipenuhi olehnya berbanding dengan hak yang perlu diterima.
Isteri solehah lebih gusar jika kemuraman dan kemasaman wajahnya menyusahkan suami berbanding menuntut suami melayani perasaan dan kekecewaannya. Dalam ertikata yang lain, isteri yang luarbiasa juga mempunyai ketahanan mental dan emosi yang cukup tinggi.
Bagi setiap wanita yang bergelar isteri, yang bercita-cita untuk menjadi isteri yang solehah, sebaiknya mengukur kemampuan dan kesanggupan diri sendiri untuk memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan tadi.
Jika belum mampu, pertingkatkan usaha. Menjadi seorang isteri merupakan anugerah yang cukup tinggi bagi seorang wanita. Memiliki suami umpama memiliki jambatan bonus untuk meniti ke syurga. Namun tanpa ketaatan terhadap suami umpama tidak menghargai peluang yang ada.
Mengenepikan suami atau menderhakai suami pula, umpama merobohkan jambatan tersebut dan memilih untuk berenang ke syurga. Arahnya sama, namun sayang kemudahan tiada. Isteri yang luarbiasa sahaja yang berjaya tiba ke syurga yang dijanjikan Allah padanya.
Syurga pula ganjaran tertinggi bagi hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Apa yang perlu diingat selalu, sesuatu yang bernilai tinggi tidak diberi secara percuma juga tidak murah harga dan nilainya.