Bahagianya seorang
isteri, apabila suami memahami beban dan keletihan harian isterinya,
dengan mengucup dahinya sebelum ke pejabat, semasa pulang ke rumah dan
sebelum tidur, menggenggam erat tangannya semasa berjalan dan
mengucapkan ‘Terima kasih’ pada setiap perkara yang sebelum, sedang
serta akan datang.
Tenangnya seorang suami, apabila isteri menyokong suaminya, dengan sentiasa tersenyum tenang dan sentiasa memohon maaf biarpun tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Gembiranya anak-anak, apabila ibubapa sentiasa ada bersama mereka,
dengan sering mendengar cerita-cerita, masalah-masalah dan juga
keinginan mereka biarpun keinginan mereka itu tidak tertunai; yakinlah
mereka bahawa, ibubapa mereka amat menyayangi mereka.
Indahnya
Keluarga, apabila Syariat ALLAH ditegakkan, sunnah Sayyiduna RasulILLAHi
SallALLAHu Alaihi Wasallam diamalkan, dengan yakin dan istiqomah.