Halaman

Monday, April 26, 2010

Butter prawn

Bahan A
600 gm udang besar
1 s/t gula
1 s/t garam
1/2 s/t lada hitam
1 s/t minyak bijan

Bahan B
3 s/b tepung jagung
1 s/b serbuk kari ikan

Bahan C
3 biji kuning telur
1 s/b susu cair
1/2 s/t garam
1/4 s/t serbuk lada hitam
2 s/b butter

1 bj bawang putih - dicincang
2 bj cili padi - dicincang
1 tgkai daun kari - dicincang
2 s/b butter

Bahan perisa
1 s/b sos tiram
1/2 s/b gula
1/4 s/b serbuk lada hitam

Cara-cara
Bersihkan udang, buangkan kakinya dan tos kan.
Perap udang dengan bahan A selama 20 minit.
Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperap. Gaul rata.
Goreng udang tadi sehingga masak dan tuskan minyaknya.
Gaul rata bahan C. Ketepikan.
Panaskan kuali, masukkan butter. Kemudian, masukkan bahan C. Kacau campuran C dengan cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup. Angkat dari kuali.
Panaskan kuali dengan 2 s/b butter. Goreng bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang dan bahan perisa. Gaul rata sebelum dimasukkan telur goreng tadi.
Gaul rata dan hidangkan semasa panas

No comments:

Post a Comment