Halaman

Wednesday, April 21, 2010

Ayam masak Ros

Bhn2...
1 ekor ayam dipotong lapan
1 mangkuk pati santan
1 tin kecil pati tomato
... See More
2 camca besar serbuk rempah ayam
2 batang serai (dititik)
2 keping asam gelugur
1 gelas air
2 biji tomato
3 biji cili hijau
daun pandan
daun pudina
garam 1 sudu teh gula
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga
kulit kayu manis

Bahan dikisar:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
2 labu bawang besar
1 inci halia

Masukkan satu cawan minyak masak ke dalam periuk. Setelah panas, masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis. Masukkan juga sedikit halia serta bawang besar yang telah dikisar. Setelah bahan-bahan tadi kekuningan, masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang besar, halia, serbuk rempah ayam, serai dan daun pandan. Tumis hingga wangi. Selepas itu, masukkan air bersama ayam yang telah dibersihkan. Setelah ayam empuk, masukkan pati tomato, santan, asam gelugur, garam dan gula. Setelah mendidih, masukkan cili hijau, tomato dan daun pudina. Perlahankan api, masak sehingga naik minyak. Setelah itu, bolehlah dihidangkan

No comments:

Post a Comment