Halaman

Friday, April 30, 2010

Bergedil daging

Bahan-bahan:

500 gm ubi kentang (direbus hingga empuk bersama kulit)
100 gm bawang goreng
2 tangkai cili merah (dipotong kecil)
... See More
1 labu bawang besar (didadu)
1 tangkai daun ketumbar (dicincang halus)
2 biji telur
tepung
minyak untuk menggoreng
garam dan lada hitam secukup rasa

untuk tumisan daging:

200 gm daging cincang
1/2 labu bawang besar (dicincang)
1 tsp jintan manis
2 tbsp minyak untuk tumis

Cara-cara:

1. Untuk tumisan daging, panaskan minyak dan masukkan bawang besar, kacau sebentar dan masukkan daging dan jintan. Masak sehingga air daging hampir kering dan daging masak.
2. Lecek kentang yg telah ditoskan air, kemudian masukkan kesemua bahan termasuk daging kecuali telur dan tepung.
3. Setelah digaul rata, ambil sedikit adunan dikepal-kepal kemudian dileperkan sedikit. Buat sehingga habis adunan.
4. Panaskan minyak untuk menggoreng.
5. Sebelum goreng, begedil disalutkan dengan sedikit tepung dan kemudian disalutkan dengan telur. Kemudian goreng begedil sehingga kuning keemasan.
6. Toskan minyak.

Sedap dimakan begitu sahaja atau boleh dimakan dengan soto ataupun nasi.

No comments:

Post a Comment