Kek Coklat Kukus
Kek ini sedap dan moist.
Resipi
3/4 bar butter
1 cawan gula caster
1/2 tin susu evaporated
2 biji telur di pukul
1 cawan tepung
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca baking powder
1/2 camca baking soda
1 camca esen vanila
Cara
Campur susu, gula, vanila dan butter dalam periuk. Kacau di atas api kecil sehingga gula dan buter cair.
Padamkan api dan biar sehingga suam/sejuk sedikit.
Masukkan telur, dan kacau hingga sebati.
Ayak tepung, koko, baking powder dan baking soda ke dalam mangkuk besar. Masukkan adunan sebelumnya kedalam mangkuk tepung.
Kacau sehingga sebati. Adunan sepatutnya cair.
Siapkan pengukus.
Masukkan bancuhan kedalam pan 9 atau 8 inchi dan tutup pan dengan foil aliminium. Jangan tutup dengan erat. Biar foil 'terletak' sahaja di atas pan.
Masukkan pan dalam pengukus dan kukus di atas api sederhana selama 45 minit.
Selepas sejuk, tambahlah topping cokelat di atas kek. Saya menggunakan coveture chocolate menggantikan coklat memasak biasa.
No comments:
Post a Comment