Sunday, May 30, 2010

Kek Buah2an kukus

***BAHAN2NYA:***
375gm mixfruit dlm kotak
250gm butter golden churn
300gm tepung gandum *
3 biji telur ayam gred A
1 camca teh soda bicarbonate *
1 camca teh cream of tartar *
150gm gula perang(gula halus pun bole)
150gm gula pasir(utk dijadikan gula hangus)
1 biji pala diparut
30gm badam keping
ceri merah/ceri hijau ntk hiasan
(* diayak )

***CARA2MEMBUATNYA:***
1) satukan mixfruit, buah pala n badam keping.
2)masukan tepung yg telah diayak dan gaul bersama mix fruit hingga buah2an bersalut dgn tpg. ini utk mengelakan buah mendak kebwh.
3) masa ini jerang air hingga mendidih utk proses mengukus.
4)pukul mentega dgn gula perang hingga berkrim dan masukan telur satu persatu pukul hingga putih jgn terlalu kembang.
5)perlahankan speed dan masukan buah2an dan gaul hingga rata. matikan mesin. sementara itu masak gula utk dijadikan gula hangus hingga berwarna gelap.
6)putar semula dgn speed perlahan dan masukan gula hangus dgn cermat dan pantas kearan gula hangus akan cpt membeku.
7)masukan dlm loyang yg bersaiz 8x8x3 dan hias dgn ceri merah/hijau.
8)tutup loyang dgn aluminiun foil utk mengelakan pengwapan..dan kukusla selama 4 jam hingga msk
SELAMAT MENCUBA...
30 minutes ago · Report

Saturday, May 29, 2010

Paru2 goreng kelapa

bhan2nye:

PAru 1 kilo d potong sdehana bsar dn rebus. sesusah sejuk.potong kecil2 paru itu.kemudian d goreng garing
bwng merah 5 bji,halia 2 bsar jari,lada api 12 btg (ikot suke nk pdas),lengkuas 1 inci,bwg putih 3 ulas,( tumbuk smuanye hingga halus)
kelapa stengah cwan d goreng jgn tlalu garing mcm nk wt kerisik..goreng perang2 je
kicap manis,gule (dlm 2 sudu @ 1 sudu pon boleh),grm.ajinamoto .lda besar d belah 4 untuk hiasan

caranye:

pnaskn miyak dlm kuali,tumis bhan2 tumbuk hingga wanggi..
msukkn paru yg d goreng (yg d potong kecil2)
masukkn kelapa goreng
msukkn kicap,gule(2 sudu),gram dn ajinamto ckit.
klu garing sngat tmbh kn air skit je spaye sebati semua parru2 tu.
last skali msokkn lada besar.
gaul rat smpai kering.

Wednesday, May 26, 2010

Biskur sarang semut

70g butter,

40g g/icing,

1/4 tsp vanila,

1/2tbsp susu pekat,

1 kuning telur (direbus)

100g tepung red rose + 1/2 tsp b/p.
Pukul buter dan gula sekejap aja.Masuk vanila, susu dan telur rebus, kacau rata, masukpula tepung, jadikan doh.parut doh dalam papercup dan tabur choco...late rice.

Monday, May 24, 2010

Kueh Kaswi

1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung ubi
1 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1 cwn gula merah
3 sudu teh kapor (utk mknan)
5 cwn air
daun pandan


1-masak 2 cwn air+ gula+gula mrh+daun pandan.. tapis n sejukkan..

2-blender semua bhn dgn air yg dh sejuk dan tapis.

3-panaskn kukusan dan boleh la dikukus..30 minit

Puding Marble

bhn;
agar 25gm
1 cw gula
1 tin ssu cair
5 bj telo ayam
1 sdt aising vanilla
125g mentega
3/4 cw milo dicairkan-4 sd air pns
4 sdb kastad

cara;
-mskkan agar2.msk air dlm bks plstik 2
-mskkan gula
-adun mentega+telo+asen vanilla
-slps hancur,mskkan ssu cair slow2..
-mskan t/kastad+adunan akn bintil2..don worry
-mskkan adunan dlm didihan agr2 dan gula yg dihancurkan
-api jgn besau sgt
-kacau perlahan smpai ktul2 2 hancur n sebati
-bila da msk bhgi 2...1 bhgian warna asl
-1 lg bhgian mskkan bancuhan milo td
-mixerkan bancuhan tsbt agar bancuhan milo td sebati
-mskkan dlm loyang secara selang seli
-patu sejokkan dlm peti ais
-SIAP...

Brownies

BAHAN base brownies
1 cups gula caster
1 cups butter yang sudah dicairkan
...1/2 cups serbuk koko
1 teaspoon esen vanilla
4 biji telor
1 1/2 cups all purpose flour
1/2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt

cheese filling:
250 gm cream cheese
70 gm gula halus
2 biji telur
1/2 sd teh garam

CARA NYA:
Untuk base,Cair kan butter, lalu masuk kan gula, kacau kacau je..tak payah pakai mixer! kemudian masokkan serbuk koko dan esen vanilla,kacau lagi kejap jer.Masokkan telor satu persatu dan kacau lagi.Masokkan tepong & baking powder perlahan lahan dan kacau biar sebati.ambil 1 cwn adunan brownies dan asingkan,itu untuk letak d cheese fillling kemudian. .Taruk lebihan adunan kat loyang yg dah taruk kertas pembakar dan grease ngan sikit butter.Masak dalam oven suhu 175 darjah selama 35 mins..atau try ler cucuk ngan lidi..
untuk cheese filling,campurkan kesemua bahan cheese dan pukul hingga sebati.apa bila brownies td sda masak,tuangkan cheese filling d atas permukaan brownies yg d bakar td.kemudian letakn adunan brownies yg d asing kn td ke dlm piping bag dan paipkan ke atas permukaan cheese filling mengikut kreativiti masing2.bakar lgi pada suhu 180'c selama 30 minit.

Cupcakes

resepi vanilla cupcakes ni saya dh cuba byk kali..dpt dari rancangan sugar Anna Olson,
125 gm tepung serbaguna+ 1/2 teaspoon bicar.soda + 1 teaspoon b.powder- diayak
125gm butter
100gm castor
2 eggs... See More
1 tsp esen vanilla
2 tbsp susu( fresh/cair)
cara- putar butter dgn gula hingga kembang, masukkan telur,putarlagi. masukkan vanilla esen, pastu masukkan tepung berselangseli dgn susu.putar lagi. Lepastu masukkan dlm acuan kertas cupcakes, bakar 150'c selama 10-15 minit.

Sunday, May 23, 2010

Mee Sanggul

2-3 sanggul yee mee 5 ulas bawang putih 5 biji cendawan shitake (yg kering- rendam hingga lembut dan potong 2)1 keping dada ayam potong kecil 3 tangkai lada kering di potong2 2 sudu besar sos tiram 3 sudu besar kicap cair 1 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia dihiris nipis serbuk lada hitam garam secukupnya
beberapa titik minyak bijan 1 sudu ... See Morebesar tepung jagung di bancuh dengan air minyak utk menumis... See More
Cara-caranya-
1. Tumis bawang putih,cili kering dan halia hingga naik bau. 2. Masuk ayam masak hingga empuk. 3. Masukkan 2 cawan air. 4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, serbuk lada hitam, garam. 5. Masukkan cendawan dan sayur lain tunggu 2-3 minit. 6. Masukkan tepung jagung dan kacau. 7. Titikkan minyak bijan sikit je tau. 8. Masukkan yee mee sebentar dan hidangkan panas2. pecah telur..

Ayam Paprik

Ayam paprik


Bahan
* 300 gm isi ayam
... * 100 gm carrot
* 100 gm brokoli-tak (x ltk sbb xda)
* 100 gm bunga kobis(x letak sbb xda)
* 50 gm capsicum merah/hijau
* 1 labu bawang besar-d belah 4
* 3 cm halia-d hiris
* 4 batang jagung muda-tak pkai jgg muda,gna jgg biasa ambil isinya jak
* 1 biji tomato-dipotong 4
* sedikit daun ketumbar(klu xda pun xpa)

Bahan Sos:-

* 2 sudu besar kicap pekat
* 5 sudu besar sos tomato
* 5 sudu besar sos cili
* 3 sudu besar sos tiram
* 2 sudu besar cili boh
* 2 batang serai - di titik
* 3 biji limau kasturi (ambil jus)
* 5 biji cili padi (bole tambah,klu mau tambah pedas)
* 3 ulas bawang putih - d tumbuk
* sedikit air
* 3 helai daun purut-d hiris nipis
* garam secukup rasa
* gula secukup rasa
* minyak

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam,carrot, kicap pekat, sos tomato, sos cili,cili boh dan sos tiram. Masukkan air.
3. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Kemudian masukkan sayuran lain.
4. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut dan sedikit garam dan gula.
5. Rasa dulu barulah dipadamkan api dan tuangkan jus limau kasturi setelah api dipadamkan dan kacau sebati.
6. Barulah dihidangkan panas-panas dan taburkan sedikit daun ketumbar.

ikut cita rasa masing2 mo letak syur apa.sya kurang letak syur sbb sya x mkn syur(hehehe)lgi pun bhn2 ni jak yg sya ada..apa2 pun jd jgkla..slmt mcuba

Pau Gebu

  • * 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
    * 3g (3/4 sudu teh) yis kering
    * 2g (1/2 sudu teh) baking powder
    * 50g (4 sudu makan) gula castor
    * 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
    * 2g (1 sudu teh) bread softener
    * 1/2 cawan air suam

    Cara-cara

    1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
    2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
    3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
    4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
    5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
    6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
    7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
    8. Masukkan inti dan tutup kemas.
    9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
    10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
    11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
    12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
    13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
    14. Selamat mencuba...
    klo gna tepung pau..warnanya putih n bersih... tepung biasa wrnanya perang sket.

Thursday, May 20, 2010

Kueh Talam Jagung

KUEH TALAM JAGUNG

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan jagung cream... See More
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan
1/2 cawan gula

Bahan Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
3. Kukuskan selama 30 minit.
4. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.
6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan betul2 barulah dipotong.

Tuesday, May 18, 2010

Carrot cake

BAHAN²:

4 biji telur (asingkan kuning & putih)
1 1/2 cawan minyak mazolla
150g gula halus... See More
150g gula perang
1 1/2 carrot cwn- parut
1 cawan kekacan (boleh guna almond, gajus, walnut atau apa sahaja..tp aku suka gajus..lembut sket)

250g tpg gandum - ayak
1 1/2 sudu teh baking powder - ayak
1 sudu teh garam

CARA²:
1. pukul kuning telur, masukkan minyak, gula, carrot, kacang
2. setelah semua sebati masukkan tepung
3. akhir sekali masukkan putih telur yg dipukul hingga kembang

bakar 180c <>45m

ISING:
250g cream cheese (philapdelphia)
120g butter
120g gula ising

- pukul kesemua bahan dan sapu atas kek tadi.

Monday, May 17, 2010

Nasi Dagang

**NASI**
# 4 cawan beras b ( wangi )+ 1 cawan beras pulut
# 1/2 tin santan... See More
# garam dan gula
# 1 sudu besar halba
# bawang dan halia (hiris halus2)
# air

**GULAI IKAN TONGKOL**
$ 1 tin santan
$ 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
15-20 tangkai cili kering
$ 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
$ 6 keping asam keping
$ garam dan secubit ajinomoto
$ gula
$ 5-6 biji cili padi
$ 1 ekor ikan tongkol
$ 1 cm belacan
$ 2 sdu makn kerisik

**ACAR**
& 2 batang timun
& 1 batang lobak merah
& 1/2 biji bawang besar
& 1 biji lada besar
& cuka, garam, gula
Cara-cara

NASI:
Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.

GULAI IKAN TONGKOL:
Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi & kerisik.
ACAR:
Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika

Friday, May 14, 2010

Kek Mambo

Baha nya:
125gm butter pada suhu bilik
155gm tepong naik sendiri
2 biji telor dipukul sedikit
100gm gula halus
80ml susu segar
125gm cooking chocolate
1 teaspoon vanilla essence
Oven at 170 degrees, grease the pan , cook the cooking choc by double boiling.
1)putar mentega dengan gula hingga putih.
2)tambahkan telor dan terus memutar hingga kembang,masok essence dan putar rata.
3)pada kelajuan sederhana, masokkan tepong selang seli dengan susu segar..hingga habis dan kacau.
4)bahagikan kepada 2 bahagian.1 biar warna asal, 1 lagi dibancuh dengan cooking chocolate yang sudah dicairkan,dan kacau rata.Tuang ke loyang yang sudah ditaruh baking sheet dan sudah digrease dengan butter.Tuang dengan cara selang seli, dan dipenghabisan, lorekkan dengan penghujung pisau.Bila bakar check the cake wether dah masak ke belom....

Thursday, May 13, 2010

mee rebus Utara

bahan2
bawang besar,b.puteh,halia n serai blender..tumis sampai pecah minyak
masuk rempah kari n serbuk cili
masuk ubi keledek yg direbus n kisar..
masuk air rebusan ayam n ayam yg direbus n dipotong kecil... See More
masuk sos tomato,garam n gula

hidang dengan mee ,sawi,tauge yg dicelur
leh tambah cili besar,bawang goreng,tauhu goreng, telur rebus n asam limau

Tepung goreng

tpg gandum+telur+kapur makan+garam+serbuk kunyit+kelapa parut+air..
mak saya dulu niaga grg pisang, habuk pisang tu bila mkn krup krap..krup krak..heheh..sedap..

Topping

1/2 tin susu pekat,
1/4 cwn koko,
3 sudu besar myak msk/jgung ,
1/2 st esen vanilla n sikit nescafe.
cara 1.campo ksemua bhn
2.masak double boiling
.3.curah atas kek
4.tabur chclate rice bila topping hmpir sejuk.selamat mcuba.

Tuesday, May 11, 2010

Solok lada

Isi ikan sardin/kembong..(2 eko)
cili api n lada hitam sket,
bwg merah n putih chopping n tumis sampai wangi masukkn kelapa(2 senduk) n isi ikan td n masak sampai kering sket..ltak gram,gla n prasa klo suka..
kepal n masukkkn dlm lada besar hijau yg dblah tgh n dbuang bji..( cri lada yg basar2) susun dlm koli n masukkn sket santan pekat n gram sket.(sntan sket je jgn smpi tgelam..tutup n masak ngn api perlahn- masak..

Pai kentang daging

Shepherd's Pie..(Pai Kentang Daging)


Bahan..
500gm daging cincang
6ulas bawang putih(hiris)
1 biji bawang besar(cincang)
2sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu teh tomato puree
garam secukup rasa
8 biji kentang (saiz sederhana)
1/2 cawan lobak merah(diparut)
1/2 cawan susu
1 sudu teh mentega
1/2 cawan air
parutan cheese (untuk taburan)*mozzarella or cheddar*
minyak utk menumis

Cara..

Panaskan minyak lalu tumis bawang besar, bawang putih..goreng till harum.
Masukkan daging, serbuk cili,kunyit,tomato puree, garam dan air..
Biarkan hingga daging empuk dan kering..
Rebus kentang till lembut, buangkan kulit dan masukkan lobak, susu, mentega dan sedikit garam..Lecek kentang bersama bahan2 hingga sebati..
Sapukan mentega di permukaan baking tin or glass..Letakkan daging dlm baking dish dan ratakan..pastu letak kentang yg sudah dilecek di atasnya..last tabur shredded cheese..
Bakar selama 30mins @ 170degC..slamat mencuba!!

Roti hotdog

Sausage Buns...(Roti Hotdog)

Bahan-bahan
(A)
480gm tepung roti
120gm plain flour
110gm gula
10gm garam
20gm tepung susu
4 sudu teh yis segera
(B)
1biji telur
300ml air sejuk
(C)
60gm mentega

Adun (A) sehingga sebati.
Tambah (B) dan uli sehingga menghasilkan doh.
Campur (C) ke dlm doh dan terus menguli untuk menghasilkan doh yg lembut dan kenyal.
Tutup doh dgn plastik. Biarkan ia naik selama 50-60min atau berganda saiznya.
Once dough rise, guna jari untuk menekan ke dlm doh. Ia patut menunjukkan tanda jari yg jelas, tetapi doh tidak menurun..Ini menanda ia siap untuk membuat roti atau ban..

Method..
1.Bahagikan doh kepada 70gm sekeping & bentukkan ia menjadi bebola.
2.Biarkan selama 10min. Canaikan doh sehingga rata dgn penggiling adunan(rolling pin)..
3.Masukkan sosej ke bahagin tgh doh. Lipatkan doh menjadi separuh. Biarkan 1/3 dari tepinya. Potong setiap doh yg tlh dilipat kepada 8bahagian kecil. Jgn potong lagi, ia merupai bentuk sikat..
4.Putarkan bahagian pertama ke sebelah kiri & bahagian kedua ke sebelah kanan. Teruskan proses ini sehingga bahagian terakhir.
5.Masukkan doh ke dulang pembakar yg tkh digris minyak & tekan setiap satu dgn cermat..Biarkan ia naik lagi selama 45min..
6.Brush the bread surface with egg wash. Bakar pada suhu 190DegC selama 15min di rak tgh oven..
Selepas membakar, sapu butter yg dicairkan di permukaan roti to make it look more appetizing..

Kek Coklat Kukus

Kek Coklat Kukus
Kek ini sedap dan moist.

Resipi
3/4 bar butter
1 cawan gula caster
1/2 tin susu evaporated
2 biji telur di pukul
1 cawan tepung
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca baking powder
1/2 camca baking soda
1 camca esen vanila

Cara
Campur susu, gula, vanila dan butter dalam periuk. Kacau di atas api kecil sehingga gula dan buter cair.
Padamkan api dan biar sehingga suam/sejuk sedikit.
Masukkan telur, dan kacau hingga sebati.

Ayak tepung, koko, baking powder dan baking soda ke dalam mangkuk besar. Masukkan adunan sebelumnya kedalam mangkuk tepung.
Kacau sehingga sebati. Adunan sepatutnya cair.

Siapkan pengukus.
Masukkan bancuhan kedalam pan 9 atau 8 inchi dan tutup pan dengan foil aliminium. Jangan tutup dengan erat. Biar foil 'terletak' sahaja di atas pan.

Masukkan pan dalam pengukus dan kukus di atas api sederhana selama 45 minit.

Selepas sejuk, tambahlah topping cokelat di atas kek. Saya menggunakan coveture chocolate menggantikan coklat memasak biasa.

Kerabu sotong

Kerabu Sotong
stng dicelur
cili padi,serai,bwg,mrh,kcng pnjng,daun ketumbar dihiris halus,sedikit grm
n gaul kan bersama stong serta perah limau....
bnyak g bhan yg boleh dimkan mentah boleh letak cume stong je celur bg msk

Cupcake

Resepi White Cupcake (Wilton resources)
3 cwn tepung kek diayak
2 1/2 sudu teh baking powder diayak
1/2 sudu teh garam diayak
2/3 cup butter dilembutkan... See More
1 3/4 cups granulated sugar
2 eggs
1 1/2 sudu teh vanilla
1 1/4 cwn susu

- Panaskan oven 170C
- Adunkan sekali tepung, baking powder & garam
- Dlm bekas lain, pukul butter & gula sehingga kembang & ringan
- Tambah eggs, vanilla & mix well
- Campurkan tepung selang seli dgn susu
- Pukul selama 1 minute
- Bake for 18 - 20 minutes

Nasik kerabu

Nasi :

-kalo nasi putih, masak seperti nasi biase.
- kalo nak warna biru, ambik bunga telang, tumbuk sampai hancur dan campur gn air n tapis. masukkan daun limau purut dan air bunga telang sewaktu memasak nasi..pastikan guna beras yg sedap dimakan ok..
- kalo warna kuning, gunala pewarna kuning yg serbuk tu..

Ulam-ulaman :

-daun kesom
-pucuk samok (ore luar panggil daun serai kayu)
-timun btg
- bunga kantan
- tauge
- kacang panjang
- kubis
-daun selom
-pucuk tere
-petai
-jering
-dan segala2 jenis ulam2 yg awok2 raso nok bubuh k..terpulang
>>>>> semua bahan diatas dihiris halus spt biase..toge tuh tuan puan takyoh rajin nok hiris la deh..wak letih jah..

Sambal Nyorr

-nyorr mesin seringgit (beli hok warna putih k)
- 5 ulas bwg merah
-halia seinci
- 3 btg serai
-ikan tawar 3 ekor (ikn selaye direbus atau bakar)
- gula, grm

cara:
- nyorr digoreng tanpa minyak hingga sedikit perang dan garing
- bwg merah, halia, serai, gula, grm diblender halus..kalu buleh jgn buh air banyak masa blend atau lebih senang tumbuk je bhn2 takdi..
- pastu, masukkn bhn td ke dlm nyorr dan campur gn isi ike tawar. kacau rata.rase la dulu..pastu tumbuk skit semua bhn td..jgn hancur sgt deh..ketepikan..
(ni petua utk smbl nyor tehe lamo- pas siap semua ditumbuk td, goreng balik sambal ni sampai kering, goreng tanpa minyak k, pastuh bleh simpan dlm bekas kedap udara).

Tumis Nasi Krabu

10 ulas bwg merah
3 sudu lada kering mesin
2 ulas bwg putih
1 inci halia
1 inci belacan
1 btg serai diketuk
1 cwn santan pekat campur 3 cwn air
ssuku kerek nissea
grm secukup rase

cara2:
-didihkan santan sehingga agak berminyak dan mengambil masa agak lama. tp kena jaga takut santan pecah.kacau sentiasa.
- mesin bwg merah, bwg putih, lada kering mesin, halia dn belacan sehingga hancur.
- masukkan bhn2 mesin td ke dalam santan. kacau rata dan sebati. masukkan juga serai, nissea dan grm.
- kecilkan api, dan biarkan hingga mendidih dan pecah minyak dan pekat..
(petuo tumis utk thn 2 hari, elok dibuat sehari sebelum nak mkn..lg pekat dan berminyak, maka lg sedapla tumis tuh..)

Budu
-hok ni takyoh citer la deh, semua tahu blako doh, tamboh lado gn ase limau..kalu nok masok pun buleh. buh lado, bwg, serai, daun limau purut n nissea..masok sampai gelegok. mase nk hidang tapis bhn2 td.

cara2 menghidang :

ambik nasi buh dlm pinggan, pastuh buh ulam kt tengah2 atas nasi. pastuh buh sambar nyorr diatas ulam td. letak plak tumis atas sambal nyorr.last skali letok budu 2 sudu. hias la sekeliling pinggan gn ike, daging, solok lado, telur masin, kerepok..pah tuh gak pehe2 la deh...

nasi krabu tumis sedak make dgn daging bakar, ike celup tepung, kerepok goreng, telur masin, solok lado, ike percik.kalu nk bwat air lado pun bleh gak..

Monday, May 10, 2010

Mini pizza

mini piza..
bhan2 roti;1kg tpung roti(dpt 15bji)
1pket yis segera
100grm lmak sayur
sdikit myak jgung/zaitun
2sdu gula caster
sdkit gram
1 gelas air sejuk

cara>1.yis,air sejuk,gram,gula.(cmpur smua biarkn 10mnit)
2.msuk ke dlm tpung,gaul rta+myak syur+myak uli n perapkan jap,sampai naek
canai ikot nk bentuk or msuk dlm loyang

int...i;>2bji bwg besar,cili bunga,tmato(ptong dadu)
sdijit myak utk menumis;tmis bwang besar,agak kning,masukan dging cncang.sosej,sayur cmpur(karet,jgung,kcg ijau),garam,masak,

dah siap bakar roti td,sapu sos ltak inti,mozzarela,bkar smula dlm 5mnit,SIAP!!

Sunday, May 9, 2010

Aiskrim

bahan2

1 liter susu dutch lady(coklat atau strawberry)
450 gram coffeemate
1 atau 2 sudu besar gula (ikut suka)

cara2

blend semua n tapis, then simpan dlm peti ais
esoknya, blend lagi n tapis then simpan balik dlm peti ais,
keesokkkan harinya, baru blh makan....selamat mencuba

Mee Udang Penang

Bahan Kuah.
300gm udang sed kecil- basuh n rebus, then kopek kulit, asingkan isi n kulit
500gm udang besar- basuh jgn kopek kulit
1 tin tomato heinz / kimball
1 mangkuk kecil cili belnd/ cili boh
1 labu bwg besar - untuk tumis

bahan mee
1 kilo mee kuning
sayur sawi
kubis pjg
taugeh

hiasan
bwg besar - dihiris nipis
daun sup/ daun bwg
tauka digoreng dan dipotong nipis
telur rebus
cabai merah dipotong

Cara
1.Udang yg direbus td diblend berasingan , tapis kulit udang yg dah diblend n campur ngan isi blend td.
2. Masukan hasil blend td kedlm periuk
3. Tambah kan air , jgn terlalu cair
4. Masukan tomato sup
5, Tambahkan garam

SIAP KUAH

CARA MASAK MEE

1. Masukan sedikit minyak masak dlm kuali
2. Tumiskan bawang besar
3. Masukan udang besar. biarkan seketika
4.Tambahkan cili blend biar sebentar jgn sampai hangit
5. Masukan kuah tadi
6. Campurkan semua sayur.
7. Tambah sedikit garam kalau kurang masin
8. Masukan mee , kacau n angkat
9. Hias dan hidangkan

New York Cheese Cake

450g cream cheese
3/4 cup sugar
1/3 cup milk or UHT whipping cream (sugar free)
2 eggs
1/2 cup sour cream or yogurt... See More
1/2 tbsp vanilla
2 tbsp plain flour
1 tbsp lemon juice
2 tbsp melted chocolate
(2) 1 1/4 cup of Digest cracker
70g melted butter

Methods:
1. Crack the cookies, add melted butter to mix with. Lay over the bottom of a baking mould and press firmly, and then put in the frige for at least 15 minutes.
2. Soften cream cheese at room temperature, dice it. Whisk with an egg whisk until mashy, add sugar and keep whisking to paste. Make sure there is no any lump of cream cheese. Add milk slowly to blend well.
3. Add egg one by one and stir well. Add sour cream, vanilla, flour, lemon juice, mix well. (methods 2 and 3 can be done by a food processor or a juice blender)
4. Pour the cream cheese mixture into the baking mould, and leave 3 tablespoons to mix with melted chocolate. Pour and swirl the chocolate mixture on cream cheese mixture. Use a small knife to draw curve in the mixture, the marble line will be made.
5. Preheat oven at 175�� for 15 minutes. Put baking mould in a bigger and deeper baking tray. Add boiling water in between baking tray and mould. Bath baking for 1 hour. Leave the baked cake in oven for 4-5 hours, and put in frige.

kek Buah

3 kotak mix friut,
2 bungkus ceri merah dan hijau.
600gm tepung gandum,
500gm gula merah,
1/2 tin susu pekat,
1sudu baking powder,
1 sudu vanilla16oz buttercup.
ambil 100gm tepung gandum untuk di gaul dengan mix friut tadi,seperti biasa membuat kek,bahan hendak la dipukul semuanya kecuali mixfriut.....lpas kesemua dipukul barulah masukkan mixfriut tadi...biar semalaman...baru lah dikukus selama 5 jam...selamat mencuba.

Bingka Ubi Portugis

Bingka Ubi Portugis
Bahan2 ( 10 x 10 x 1 inci )
Lapisan Bawah
1 kg ubi parut
230gm gula pasir
350gm santan
100gm butter
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna kuning

Lapisan Atas
50gm Susu Segar
230gm Susu pekat manis
20gm tepung gandum
3 biji kuning telur
Sedikit pewarna hijau
100gm keju cheddar (diparut)

Pulut serunding

Pulut Serunding

SERUNDING
Bahan giling
2 cbsr ketumbar
1 cbsr jintan halus
kunyit basah ibu jari
10 cili kering(cuci dan jgn rendam agar rasa lebih pedas)
10 biji bawang putih
3 serai
1/2 belacan bulat
15 biji bawang merah
ibu jari lengkuas ......agak2

kelapa 1biji(buang kulit dan diparut)
air asam 1sudu
gula 3 centong atau gula... melaka(rasa serundingnye harus lebih kepada manis)

Caranya
Tumis bahan kisar hingga naik bau(dlm 5/10 minit gitu).
Masukkan kelapa parut,air asam dan gaul rata dan tumis lagi dgn API KECIL..sentiasa dikacau supaya tidak hangus.Bila nampak agak kering sikit matikan api.

Part pulut nasi tuh.. pandai2 lah sendiri masak eh ;)

Isteri Luar Biasa


Berkahwin dan memiliki sebuah keluarga sentiasa menjadi keinginan seorang wanita.
Jika ditanya pula pada seorang wanita yang baru mendirikan rumahtangga, kebanyakannya ingin menjadi isteri yang baik kepada suami dan ibu yang baik kepada anak-anaknya.
Antara lain harapan yang diletakkan ialah ingin mengekalkan kebahagiaan hingga ke anak cucu, malah ada yang ingin kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Sekalipun matlamat dan harapan cukup jelas, ramai yang gagal meramal atau menjangka laluannya tidak semudah yang disangka.
Alasannya cukup mudah, jika yang diinginkan ialah kebahagiaan, sudah tentu yang diuji adalah ketahanan dan pengorbanan setiap individu yang inginkan kebahagiaan tersebut.
Bahagia tidak datang secara percuma, juga bahagia bukan sesuatu yang boleh diperturunkan oleh sesiapa kepada sesiapa.
Kebahagiaan perlu diusahakan.
Laluannya perlu difahami, teknik dan strategi perlu dipelajari, rintangan dan halangan perlu dijangka lebih awal, persediaan mental, fizikal dan kejiwaan perlu sentiasa dibina dan ditingkat, kemahiran asas dan tambahan perlu dipelajari, petua dari yang orang yang berjaya dan berpengalaman perlu sentiasa dituntut dan yang penting sekali perhubungan dengan Yang Maha Berkuasa perlu sentiasa dihidupkan.
Bagi seorang wanita yang ingin menjadi isteri yang solehah, mereka perlu jelas dengan apa yang dinyatakan tadi.
Isteri solehah di sisi Allah selayaknya diberi ganjaran syurga. Sementara syurga itu adalah tempat orang yang juga mendapat tempat disisi Allah.
Orang yang mendapat tempat disisi Allah pula bukanlah orang yang sembarangan, bukan orang yang kalah bila diuji, yang melatah bila ditimpa kesusahan dan putus asa bila diuji dengan kesabaran.
Isteri yang solehah boleh dikatakan sebagai isteri yang luar biasa pada masakini.
Pada masa ini terdapat lebih ramai isteri yang biasa-biasa saja dari segi ketaatan dan kepatuhan kepada suami juga biasa-biasa sahaja dari segi ketahanan jiwa dan mentalnya dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.
Sesuai dengan apa yang diceritakan oleh Nabi dalam Isra' baginda dimana kebanyakan dari penghuni neraka adalah wanita, termasuklah wanita yang derhaka kepada Allah dan suaminya.
Jika sudah itu kenyataannya sudah tentu di dunia kini kita dapat melihat banyak wanita yang bergelar isteri mempunyai ciri-ciri ahli neraka. Juga pada masa yang sama jika terdapat golongan wanita yang mempunyai ciri-ciri ahli syurga sudah tentu sedikit bilangannya.
Maka dari kiraan statistiknya kumpulan yang terkeluar dari populasi yang ramai atau yang biasa dinamakan sebagai kumpulan yang luar biasa.
Dalam konteks sebuah perkahwinan, kedudukan wanita atau isteri di sisi suaminya adalah sebagai pembantu atau suri dalam kehidupan. Jika suami ibarat raja yang boleh bertitah dan mengeluarkan perintah, isteri pula umpama menteri yang menerima segala arahan dan wajib mentaati serta merealisasikan perintah tersebut.
Dalam ertikata yang lain, isteri bertanggungjawab mentaati perintah suami.
Dalam Al-Quran jelas menyatakan perkara tersebut dimana isteri wajib mentaati suami selagimana perintah suami tidak bercanggah dengan perintah Allah Taala.
Isteri yang luarbiasa perlu lulus segala ujian. Ujian seorang isteri terletak dibawah kemampuannya mentaati perintah Allah dan juga perintah suaminya. Isteri yang ingin lulus dengan jayanya perlu mengetahui beberapa perkara yang menjadi kunci atau asas kejayaan.
01.Pertama, isteri perlu meletakkan Allah sebagai pusat ketaatan yang tertinggi dan utama atas segala-galanya.

Sementara suami wajib ditaati selagi apa yang diperintah tidak menyalahi atau membelakangi ketaatan isteri kepada Allah.
Dalam ertikata lain, isteri perlu tahu dan faham bahawa ketaatan beliau kepada suami adalah kerana Allah memerintahkan beliau untuk berbuat demikian, bukan kerana suami yang mengkehendaki sedemikian.
Adalah penting untuk isteri memahami perkara ini kerana kebanyakan isteri yang 'biasa-biasa' mudah merasa putus asa untuk terus mentaati apa yang dikehendaki oleh suami terutama apabila keinginan suami bercanggah dengan keinginan sendiri atau suami tidak membalas ketaatan dan kebaikan yang isteri lakukan.
Isteri yang luarbiasa mempunyai matlamat yang juga luarbiasa atau yang tidak dapat dilihat oleh isteri yang 'biasa-biasa'.
Jika isteri yang 'biasa-biasa' melihat hubungan antara suami dan isteri sebagai interaksi antara pasangan bercinta, isteri yang luarbiasa melihat hubungan tersebut dan interaksi antaranya sebagai ibadah kepada Allah Taala.
Maka tidak kiralah samada suami membalas atau tidak kebaikan yang dilakukan, isteri sebegini tidak akan berhenti dari terus melaksanakan kewajiban yang ditetapkan oleh Allah Taala.

02.Kedua, isteri perlu sentiasa menjana kekuatan mental dan spiritualnya.
Tanggungjawab seharian seorang isteri sangat mencabar kekuatan jiwa. Apatah lagi jika isteri tersebut bekerjaya. Tuntutan tanggungjawab yang berterusan mudah menekan perasaan naluri isteri yang secara fitrahnya sememangnya lembut dan halus.
Lebih mencabar lagi jika isteri tersebut mempunyai suami yang kurang sensitif atau kurang bertimbangrasa dalam hal-hal berhubung tanggungjawab di rumah.
Walau apapun keadaannya, apa yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seorang isteri akan kekal sebagai tanggungjawab yang bakal disoal di akhirat kelak.
Dalam ertikata yang lain, sekalipun isteri tersebut bekerja, tidak sekali-kali dia terkecuali atau dikurangkan dari tanggungjawab asasnya terhadap rumahtangganya.
Dalam keadaan ini jika tekanan tidak dapat dikurangkan seorang isteri yang luarbiasa akan sentiasa meningkatkan kekuatan mental dan spiritualnya melalui hubungannya dengan Allah Taala.
Semakin kuat tekanan, semakin rapat hubungannya dengan Allah. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasullullah s.a.w;
"Barangsiapa menjadikan semua kebimbangannya kepada satu kebimbangan (akhirat) Allah akan melenyapkan semua kebimbangan keduniaannya, dan barangsiapa yang membimbangkan tentang hal-hal keduniaan, Allah akan membiarkannya tenggelam dalam kebimbangannya"
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman yang kira-kira bermaksud:
"Wahai anak Adam! Luangkanlah masa kamu untuk beribadah kepadaKu dan Aku pastinya akan memenuhi dadamu dengan kekayaan dan kesenangan (iaitu merasa puashati dan bebas dari kesusahan) dan membebaskan kamu daripada bergantung (pada orang lain untuk keperluanmu) tetapi sekiranya kamu tidak melakukannya maka Aku akan memenuhi dadamu dengan perasaan gelisah dan rasa bersalah dan tidak akan membebaskanmu daripada bantuanmu (dan keperluan)."
Dengan kata lain, semakin bertambahnya kekayaan, kamu akan bertambah bakhil dan kamu akan sentiasa dalam kebuntuan.
Isteri yang luar biasa menjadikan Allah sebagai tempat mengadu, tempat bergantung dan memohon kekuatan.
Dalam keadaan bebanan tanggungjawab yang semakin bertambah; melayan dan memenuhi keperluan suami, mendidik dan mengasuh anak-anak, mengurus kerja-kerja rumahtangga yang tidak pernah berkesudahan, kemudian di tambah lagi dengan tuntutan tanggungjawab kerjaya sudah tentu kudrat manusia biasa tidak termampu untuk menanggungnya sendirian, apatah lagi oleh wanita yang berjiwa halus dan berfizikal lembut.
Dalam keadaan ini hanya Allah sahaja yang mampu memberi kekuatan, tempat mengadu yang menyediakan pemahaman yang amat mendalam dan tempat menggantung doa serta harapan yang tidak pernah mengecewakan.
Isteri luarbiasa mempunyai pertalian yang luarbiasa dengan Penciptanya.

03.Ketiga, isteri luarbiasa jiwanya penuh dengan kasih sayang.
Kasih sayang tersebut sentiasa mendorongnya untuk memberi berbanding menerima, memahami berbanding menuntut orang lain memahaminya, mengutamakan berbanding diutamakan, berkorban berbanding mengharap orang lain berkorban untuknya.
Isteri sebegini sedar dimana beliau dapat menyalurkan kedukaan dan keluhan agar tidak sampai nampak pada pandangan suami apatah lagi menyusahkan suami.
Bagi seorang isteri yang luarbiasa akhlaknya, tanggungjawabnya lebih utama dari hak yang perlu dituntut. Tanggungjawab akan dikira di depan Allah berbanding dengan hak.
Isteri solehah lebih gusar jika tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak dipenuhi olehnya berbanding dengan hak yang perlu diterima.
Isteri solehah lebih gusar jika kemuraman dan kemasaman wajahnya menyusahkan suami berbanding menuntut suami melayani perasaan dan kekecewaannya. Dalam ertikata yang lain, isteri yang luarbiasa juga mempunyai ketahanan mental dan emosi yang cukup tinggi.
Bagi setiap wanita yang bergelar isteri, yang bercita-cita untuk menjadi isteri yang solehah, sebaiknya mengukur kemampuan dan kesanggupan diri sendiri untuk memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan tadi.
Jika belum mampu, pertingkatkan usaha. Menjadi seorang isteri merupakan anugerah yang cukup tinggi bagi seorang wanita. Memiliki suami umpama memiliki jambatan bonus untuk meniti ke syurga. Namun tanpa ketaatan terhadap suami umpama tidak menghargai peluang yang ada.
Mengenepikan suami atau menderhakai suami pula, umpama merobohkan jambatan tersebut dan memilih untuk berenang ke syurga. Arahnya sama, namun sayang kemudahan tiada. Isteri yang luarbiasa sahaja yang berjaya tiba ke syurga yang dijanjikan Allah padanya.
Syurga pula ganjaran tertinggi bagi hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Apa yang perlu diingat selalu, sesuatu yang bernilai tinggi tidak diberi secara percuma juga tidak murah harga dan nilainya.