Saturday, January 29, 2011

7 Kalimah

Tujuh Kalimah

Sabda Rasulullah S.A.W" Barang siapa hafal tujuh
kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni
dosa-dosanya walau sebanyak busa/buihlaut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illabillah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya
>>>dari tafsir hanafi

Monday, January 24, 2011

Berdoalah Kepada Ibubapa

BERDOALAH KEPADA IBUBAPA

“Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira
masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat
kamu” pesanan daripada Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

Berdasarkan Hadith Nabi:
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari

Huraian hadith:
Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah).
Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.
Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan
mereka yang banyak menolong kita.Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulannya:
Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari. Rezeki bukan sahaja berupa wang
ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan,
kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya).

ROTI KAYE



Owaittt!!dah siap untuk sarapan pagi esok....
Panas2 lagi ni....baru kluar dari oven....

Bahan-bahannya:

400 g tepung roti
...20 g susu tepung
70 g gula kastor
1/4 sudu teh garam
11 g yis segera (sepeket)
40 g mentega
1 sudu besar pelembut roti
1 biji telur (pukul sedikit)
250 ml air
Tepung gandum untuk menguli
Inti sekaya secukupnya


Bahan glis:

1 biji telur + 2 sudu besar susu segar/sejat

Cara membuatnya:
1. Satukan susu tepung dan gula kastor dengan tepung roti. Bubuh garam. Gaul sebati.
2. Masukkan yis dan mentega. Kacau rata.
3. Bubuh pula pelembut roti. Gaul lagi.
4. Tuangkan telur dan air perlahan-lahan.
5. Gaul adunan menjadi doh yang licin dan anjal (selang-seli dengan menambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga ia tidak melekat).
6. Letak doh dalam mangkuk besar . Biar hingga kembang 2 kali ganda (lebih kurang 50-sejam).
7. Uli pada saiz asal untuk buang angin. Bentukkan bulat2 (50g)..boh inti
8. Atur dalam tin pembakar berlengser marjerin. Tutup dan biar naik seketika. Sapu glis dan bakar pada suhu 180°C hingga masak (dalam 20-30 minit).

Suka Suki


Ayam Paprik


Resepi ni diambil dari Yani Myr...ikut respi asalnya xder sayur ... tambah ikut suka hati...
  • 1/2 ekor ayam
  • [ Bahan kisar ]
  • 1 inci kunyit
  • 2 batang serai
  • 10 biji cili padi
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas(sy x boh pun)
  • sedikit belacan
  • [ Bahan hias ]
  • 4 helai daun limau purut(xde)
  • 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
  • sedikit garam, gula dan perisa
  • 1 keping asam keping

Cara-cara

  1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Lumurkan dengan sedikit garam.
  2. Goreng ayam sehingga separuh masak
  3. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
  4. Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
  5. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya

Friday, January 21, 2011

Cuppy Cake by anak daro den!














































Dah lama anak sulung sy tringin nk buat cupcake..tp mama dia yg x rajin nk ngajar nyer...(sbb mama dia pn x pandai)
so,pagi td sy bt le sket..bg chance le dorg mendeco..tgk le comot comet sume ada..hihii

Lagi Lagi Loti














































Rasanya jari2 ni dh sakit tp itu xde hal..yg penting jom kita meroti lagi..hihii..
roti ni asalnye respi cinnamon bun tp sbb x cukup bahan nye..sy blasah jer mna ado...cinnamon sy gantikan dgn serbuk koko...tmbh badam cincang kt dlm tu..hasilnya ok la jugak...roti ni mmg gebu dn lembut sgt...kalau le dpt buat mcm roti kak mimi tu..aduhaii..best nyer! xpe..lain kali uli lg..kali ni biar lengkap ngn cinnamon dan krim cizz nyerr....hihi

Bahan-bahan:(copy dr fb sue ellen)

400 g tepung roti
20 g susu tepung
70 g gula kastor
1/4 sudu teh garam
11 g yis segera (sepeket)
40 g lemak sayuran
1 sudu besar pelembut roti
1 biji telur (pukul sedikit)
250 ml air
Tepung gandum untuk menguli

Bahan inti:

3 sudu besar mentega cair
40 g gula perang
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
80 g kismis

Bahan glis:

1 biji telur + 2 sudu besar susu segar/sejat


Cara membuatnya:

1. Satukan susu tepung dan gula kastor dengan tepung roti. Bubuh garam. Gaul sebati.

2. Masukkan yis dan lemak sayuran. Kacau rata.

3. Bubuh pula pelembut roti. Gaul lagi.

4. Tuangkan telur dan air perlahan-lahan.

5. Gaul adunan menjadi doh yang licin dan anjal (selang-seli dengan menambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga ia tidak melekat).

6. Letak doh dalam mangkuk yang dilengserkan dengan minyak dan tutup dengan cling wrap. Biar di tempat yang hangat hingga kembang 2 kali ganda (lebih kurang 50-sejam).

7. Uli pada saiz asal untuk buang angin. Canai nipis bentuk segi empat panjang.

8. Bahan inti : Sapukan mentega cair di atas doh tadi. Satukan gula perang dan serbuk kayu manis. Taburkan ke atas doh yang telah dicanai. Kemudian taburkan kismis rata-rata.

9. Gulung kemas dari bahagian hujung doh. Selesai menggulung, potong doh setinggi yang anda inginkan (guideline 3 sm).

10. Atur dalam tin pembakar berlengser marjerin. Tutup dan biar naik seketika. Sapu glis dan bakar pada suhu 180°C hingga masak (dalam 20-30 minit).

Thursday, January 20, 2011

Basic Meroti
















Respi nya sy ambil kt KR discussions..by Liza Othman
dh byk kali cuba...mmg sedap

Bahannya..

500gm tepung roti atau 400gm tpg roti+100gm tpg gndum
100gm gula kastor
20gm susu tepung
1 s/k bread improver
1s/k bread softener
4 s/k yis kering(1 bgks)
1s/k garam
1 biji telur
220 air sejuk(peti ais)
80gm butter atau 40g butter+40g shortening


Caranya..
1-satukan bahan2 kering masukkan air dan telur..gaul sebati
2-masukkan butter dan uli sampai doh licin dan elastik
3-perap hingga naik 2x ganda..kemudian tumbuk buang angin dan bentukkan..
4-kemudian perap lagi sampai kembang2x ganda.
5-sebelum bakar sapu telur+sedikit susu segar/cair ats permukaan roti...
6-bakar 20-25 minit 180'c...siap.

Bun kelapa





























Akhirnya sempat jugak snap gambar roti respi dari kak Liza Othman...saya letak inti kelapa..jadi le roti kelapa...yg ni sy uli skejap ajer...x cukup gebunye tp sedap jgk.

Bahannya..
500gm tepung roti atau 400gm tpg roti+100gm tpg gndum
100gm gula kastor
20gm susu tepung
1 s/k bread improver
1s/k bread softener
4 s/k yis kering(1 bgks)
1s/k garam
1 biji telur
220 air sejuk(peti ais)
80gm butter atau 40g butter+40g shortening
sediakan inti jika suka

Caranya..(saya uli guna tgn jer)
1-satukan bahan2 kering masukkan air dan telur..gaul sebati
2-masukkan butter dan uli sampai doh licin dan elastik
3-perap hingga naik 2x ganda..kemudian tumbuk buang angin dan bentukkan..
4-kemudian perap lagi sampai kembang2x ganda.
5-sebelum bakar sapu telur+sedikit susu segar/cair ats permukaan roti...
6-bakar 20-25 minit 180'c...siap.
boleh di pelbagaikan lagi doh roti ni...terima kasih k liza..

Wednesday, January 19, 2011

63 Petua Keluarga Bahagia

63 PETUA KELUARGA BAHAGIA

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


...Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

* Mental, pendidikan dan ilmu
* Emosi
* Fizikal dan ekonomi
* Sosial
* Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

* Pendapat atau pandangan
* Hobi
* Kegemaran
* Makanan
* Cita rasa
* Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

PETUA 8P

PETUA 8P


Oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.
...
2. P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’

6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

Tuesday, January 18, 2011

Respi cinnabon cinnamon k mimi...lom try lg..

roti boleh guna resepi pilihan.

Doh di canai nipis melebar.

filling :

sapu majerin/butter
gula paket perang/brown sugar
serbuk kayu manis
raisin/kismis
**kacang walnuts/ hazelnut/pecan

glaze :

2 sudu besar majerin
2 sudu besar cream cheese
3 sudu besar gula icing
vanila sikit
1/4 sudu kecil garam

cara-cara :

1. doh rati di canai nipis melebar.
2. sapu majerin di permukaan doh.
3. tabur rata serbuk kayu manis, gula perang, raisin, dan apa2 nuts pilihan.

Bila dah selesai proses filling, gulung doh rapat2 hingga habis. selepas itu potong dalam 1 1/2 inci sehingga habis. betul2kan sehingga bulat. susun dalam tray dengan susunan 3 dan jgn rapat. bila semua selesai tutup dgn plastik lagi dan biar selama 40 min.

cara-cara buat glaze:

1. panaskan sekejap majerin dan creamcheese. cair saja majerin terus angkat dan kacau cepat-cepat hingga hancur.
2. masukkan gula icing, kacau cepat dan sebatikan.
3. masukkan vanilla dan garam.

Kacau sebati hingga pekat. guna bila roti baru masak.
sapu majerin di permukaan cinnabon dan masukkan ke dalam oven yg telah di panaskan. masak hingga kekuningan. bila dah masak, keluarkan dan terus sapu glaze yg telah di sediakan.

Kisah 2 Cuping Telinga

Pernah suatu ketika......
"Nurse,
boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret.
Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya
berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika.
Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...
Pulang
dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.
Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang
sanggup berkorban.Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.
Pada
usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik."Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia
bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya.
Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, diatetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.

"PESANAN:-Kecantikan
seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya,bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya....

Laksam Kueteow


















Hari tu teringin sgt nk makan laksam tp nk bt nyer x pandai (pernah try tp x jd)so..sng citer...kueteow lah gantinyer..sedap le jugak....hihi

cara saya..hentam saja laa
sekilo ikan selayang
1rm pati santan
4 sudu cili blender
2 btg serai
10biji cili padi
1 sudu jintan manis
1 labu bwg besar
asam keping
daun kesum
garam dan sdikit serbuk perasa

Ikan bt cam biasa(rebus ambil isinya)
serai..cilipadi..jintan..bwg besar..blender semua tu...
campur semua bhn td...masak ler smpai mendidih...dh siap hidangkan bersama sambal merah...kcg pnjg...taugeh jika suka..cili potong..hirisan bwg besar dan timun.

Kek Hawflakes Mudah

















Bahan2nya..

220g tpg gandum
200g gula
5 biji telur
150ml susu cair
100ml mimyak masak
1 sudu teh baking pwder
1 sudu besar ovallete
1/2 sudu teh garam
hawflakes secukupnya
1-pukul telur+esen+garam+gula+ovellete hingga kembang
2-masukkan susu cair dn tepung yg diayak bersama baking pwder
3-kemudian masukkan telur dan pukul hingga kembang
4-masukkan minyak dn kacau guna spatula atau senduk ja
5-bahagikan 3 adunan 3 bahgian dn warnakan..
6-panaskan loyang yg disapu minyak tlebih dulu...
7-kukus ler selapis demi selapis ikut suka nk berapa lapis selama 5-6 minit...last skali 15-20 minit.

Oat Cizkek
















Asalnye respi merie cheese cake..cuma sy tukar base dia jer..

utk base..
150gm biskut oat hancurkan
70gm mentega

untuk kek
500gm krim cheese
250gm gula halus
5 biji telur
150gm whip cream(putar gebu)
1 biji lemon..ambil jusnye

untuk dasar...panaskan mentega..gaul dgn serbuk biskut meri tu...tekan padat dlm loyang smpan dlm peti ais 15-20 minit

untuk kek...pukul ciz krim ngn gula..sampai sebati..masukkan telur satu persatu...pukul setiap kali telur dimasukkan.
pastu masukkan jus lemon...kcau dan masukkan whip cream yg dipukul td...siap..bakar cam biasa(steam bath) suhu 150'c selama 11/2 jam

Anak2 belajar dari Ibubapa

ADA kalanya kita menegur anak bukan kerana ingin membetulkan kesalahannya, tetapi ingin meluahkan amarah dan geram.

Sepatutnya kita cuba belajar kaedah terbaik menegur anak kerana jika salah cara dan pendekatan mendidik, anak semakin nakal.
Anak-anak banyak belajar daripada ibu bapanya. Mereka juga belajar marah untuk menunjukkan kelakuannya.

Kita akui, banyak pengaruh luar yang mengubah perilaku mereka.

Teman sebaya khususnya sangat akrab dengan anak yang boleh mempengaruhinya sama ada cara bercakap, bertindak, meluahkan kemarahan dan perkataan yang diucapkan.

Sering berlaku anak-anak tidak memahami dan mengetahui maksud perkataan yang diucapkan kerana mereka hanya meniru.

Banyak perkara yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mengatasi anak nakal. Perlu diingat, anak mempunyai dunia berbeza dengan orang dewasa.

Sebelum mereka mengetahui benar atau salah sesuatu perkara itu anak-anak hanya bertindak melakukannya tanpa memikirkan kesannya.

Justeru, perkara yang biasa dilihat, itulah yang mereka ikut dan seterusnya membentuk keperibadian anak-anak.

Daya imaginasi anak sangatlah tinggi. Mereka ibarat sedang bermain dengan permainan dan keinginan yang tinggi itulah mendorong mereka bertindak.

Tidak semua tindakan itu diistilahkan sebagai kenakalan. Kalaulah kenakalan itu adalah kesalahan yang biasa cubalah atasi dengan senyuman.

Kalau boleh dengan senyuman kenapa harus dengan kemarahan? Kalau boleh dengan usapan kenapa harus dengan pukulan? Kalau boleh dengan kucupan kenapa dengan dengan cubitan?

Menunjukkan kasih sayang dalam menegur kesalahan menyebabkan anak lebih terbuka. Anak yang melakukan kesalahan belum memahami erti kesalahan sebenar.

Paling penting anak-anak hanya inginkan perhatian daripada ibu bapa. Mereka lebih bahagia jika ibu bapa menunjukkan penuh kasih sayang contohnya dengan memeluk, mengusap kepala atau sekadar berbicara dengan lemah lembut.

Ibu bapa perlu memiliki kesabaran dalam menghadapi anak yang nakal. Kesabaran itu sangat dituntut dalam memberi didikan supaya jiwa anak stabil dan berkembang sempurna.

Kesabaran ibu bapa boleh membuatkan anak mengerti bahawa perkara yang dilakukannya salah. Sebaliknya, cara kekerasan menyebabkan anak semakin melawan dan memberontak.

Walaupun anak melakukan kesalahan, jangan terus membentak kerana perbuatan itu boleh melukakan perasaannya. Hal berkenaan boleh menyebabkan anak berdendam hingga dewasa kelak.

Jadikan marah sebagai senjata terakhir apabila semua usaha lemah-lembut gagal. Marahlah jika anak benar-benar sudah terbukti bersalah.

Namun, berilah nasihat dengan lembut kerana jiwa anak pasti tersentuh dengan kelembutan.

Anak kita sangat kuat ingatannya hingga semakin banyak nasihat positif yang diterima, semakin stabil pertumbuhan jiwanya.

Apabila anak sering menerima kata-kata kasar, maki atau sumpahan tentunya pertumbuhan jiwanya menjadi keras.

Lihatlah Rasulullah menegur Umar Abi Salamah ketika dia makan dengan mengambil makanan yang terletak jauh dari jangkauannya.

Baginda mengatakan: “Ya ghulam sammillah, kul biyaminik wa kul mimma yaliik (anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari yang terdekat denganmu).”

Jelas Baginda memilih kata-kata yang lembut dan hasilnya anak tidak lagi melakukannya dan nasihat itu terus meresap ke jiwanya.


Menangis..Menangis...Menangis....

Sedar tak sedar..kita mmg byk menangis rupanya...
Ketika kanak-kanak,menangis ku kerana haus dan lapar.. menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku, ...menangis ku kerana inginkan barang permainan, menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.

Ketika usiaku menjangkau awal remaja, menangis ku kerana rakan-rakanku, menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku, menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta, menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan, menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka, menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.
Ketika usiaku menginjak dewasa, aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan, menuntut seluruh kosentrasiku,memerah keringatku, menangis aku kerana anak-anak ku, menangis ku kerana isteri atau suamiku, menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna, menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.

Ketika usiaku berada di penghujung..aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku, menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot, menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmat utk keluarganya, menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku, menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,
sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA!! mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA, kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA. Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun.. renung-renungkanlah..saya mengingatkan diri saya yang selalu lupa untuk MENANGIS keranaNya..sebagai panduan kita bersama.. Ya ALLAH ...Ampunkan Diriku ..Buka kan lah hati ini untuk menangis Kerana Mu dan Apa yang Mendekatkan Kami Kepada mu...Betapa kerdil dan lemah nya Diri kita...

Friday, January 14, 2011

Puding Roti
















Dah lama lupakan puding ni...sejak sibuk mengekek dan meroti..hihii


yg ni saya guna
10 keping roti..(tu jer ader)

kelapa parut separuh..di blender dgn 2 1/2 cwn air(kalau sebuku roti guna 3 cwn ler)
3 biji telur
1 sudu kecil garam
1 cwn gula
1 sk esen vanila
sedikit kismis jika suka
Caranya.. koyak2 roti dlm bekas.. Blender semua bhn td(kecuali roti) dgn santan..dan tuang kedalam bekas roti tadi..kacau2 sket..biar roti serap smua bhn blender td....masukkan kismis. bila dah nmpak roti dh kembang..bakar 20/25 minit 180'c...jgn lama sgt..nnt kering x sedap...kite nk rasa lembap2 sket.. Bila dah masak leh simpan dalam peti ais...

Ketupat Goreng
















Ketupat mak bawak...kak ipar buat katanya..ader byk lg x abes..pg td sy goreng ler mkn cicah sambal bilis...incik hubby suka sgt ler..tmbh kalau mkn panas2....hmmm....sapa yg lom pnh rasa..torai lerr..sedap tauuu..hihii

Friday, January 7, 2011

Roti kentang

Festaim meroti...Roti kentang dr blog Jintanmanis ..walau smpai lenguh lengan menguli...hepi nyer jgn tanya ler...happy sgt2 tau...:)






















ROTI KENTANG

Bahan-bahannya...
350 gram tepung roti
90 gram kentang ( yang direbus dan dilenyek baru ditimbang)
1 sudu besar susu tepung
1/2 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti.
150ml cecair ( 100ml susu kacang soya+50ml air suam)- susu soya boleh ganti dgn susu segar
1/2 sudu besar marjerin atau butter
70g gula kastor
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti..

BAHAN2 untuk kastard..
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula
caranya: ( sos kastard)
1. Campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan, kacau selalujika terlalu pekat tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.Caranya. ( roti)
1.
Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan dan pilih menu
Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil,
kalau tiada BM ,masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak
melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut.
2. Setelah
menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut, ambil
plastic bersih dah masukkan doh di dalam plastic, ramas-ramas beberapa
minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam
bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
3. Kemudian
perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik
dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan
angin. bahagi doh pada 16, bahagian kecil dah susun di dalam loyang
petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di
sapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila
siap dibakar nanti)
4. Biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali gliss permukaan bun
dengan baki telur yang ditambah dengan 1 sudu kecil susu segar dan
paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah
selama 25 minit. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai, dan sedia
untuk dihidangkan,

Isteri Luar Biasa


Berkahwin dan memiliki sebuah keluarga sentiasa menjadi keinginan seorang wanita.
Jika ditanya pula pada seorang wanita yang baru mendirikan rumahtangga, kebanyakannya ingin menjadi isteri yang baik kepada suami dan ibu yang baik kepada anak-anaknya.
Antara lain harapan yang diletakkan ialah ingin mengekalkan kebahagiaan hingga ke anak cucu, malah ada yang ingin kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Sekalipun matlamat dan harapan cukup jelas, ramai yang gagal meramal atau menjangka laluannya tidak semudah yang disangka.
Alasannya cukup mudah, jika yang diinginkan ialah kebahagiaan, sudah tentu yang diuji adalah ketahanan dan pengorbanan setiap individu yang inginkan kebahagiaan tersebut.
Bahagia tidak datang secara percuma, juga bahagia bukan sesuatu yang boleh diperturunkan oleh sesiapa kepada sesiapa.
Kebahagiaan perlu diusahakan.
Laluannya perlu difahami, teknik dan strategi perlu dipelajari, rintangan dan halangan perlu dijangka lebih awal, persediaan mental, fizikal dan kejiwaan perlu sentiasa dibina dan ditingkat, kemahiran asas dan tambahan perlu dipelajari, petua dari yang orang yang berjaya dan berpengalaman perlu sentiasa dituntut dan yang penting sekali perhubungan dengan Yang Maha Berkuasa perlu sentiasa dihidupkan.
Bagi seorang wanita yang ingin menjadi isteri yang solehah, mereka perlu jelas dengan apa yang dinyatakan tadi.
Isteri solehah di sisi Allah selayaknya diberi ganjaran syurga. Sementara syurga itu adalah tempat orang yang juga mendapat tempat disisi Allah.
Orang yang mendapat tempat disisi Allah pula bukanlah orang yang sembarangan, bukan orang yang kalah bila diuji, yang melatah bila ditimpa kesusahan dan putus asa bila diuji dengan kesabaran.
Isteri yang solehah boleh dikatakan sebagai isteri yang luar biasa pada masakini.
Pada masa ini terdapat lebih ramai isteri yang biasa-biasa saja dari segi ketaatan dan kepatuhan kepada suami juga biasa-biasa sahaja dari segi ketahanan jiwa dan mentalnya dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.
Sesuai dengan apa yang diceritakan oleh Nabi dalam Isra' baginda dimana kebanyakan dari penghuni neraka adalah wanita, termasuklah wanita yang derhaka kepada Allah dan suaminya.
Jika sudah itu kenyataannya sudah tentu di dunia kini kita dapat melihat banyak wanita yang bergelar isteri mempunyai ciri-ciri ahli neraka. Juga pada masa yang sama jika terdapat golongan wanita yang mempunyai ciri-ciri ahli syurga sudah tentu sedikit bilangannya.
Maka dari kiraan statistiknya kumpulan yang terkeluar dari populasi yang ramai atau yang biasa dinamakan sebagai kumpulan yang luar biasa.
Dalam konteks sebuah perkahwinan, kedudukan wanita atau isteri di sisi suaminya adalah sebagai pembantu atau suri dalam kehidupan. Jika suami ibarat raja yang boleh bertitah dan mengeluarkan perintah, isteri pula umpama menteri yang menerima segala arahan dan wajib mentaati serta merealisasikan perintah tersebut.
Dalam ertikata yang lain, isteri bertanggungjawab mentaati perintah suami.
Dalam Al-Quran jelas menyatakan perkara tersebut dimana isteri wajib mentaati suami selagimana perintah suami tidak bercanggah dengan perintah Allah Taala.
Isteri yang luarbiasa perlu lulus segala ujian. Ujian seorang isteri terletak dibawah kemampuannya mentaati perintah Allah dan juga perintah suaminya. Isteri yang ingin lulus dengan jayanya perlu mengetahui beberapa perkara yang menjadi kunci atau asas kejayaan.
01.Pertama, isteri perlu meletakkan Allah sebagai pusat ketaatan yang tertinggi dan utama atas segala-galanya.

Sementara suami wajib ditaati selagi apa yang diperintah tidak menyalahi atau membelakangi ketaatan isteri kepada Allah.
Dalam ertikata lain, isteri perlu tahu dan faham bahawa ketaatan beliau kepada suami adalah kerana Allah memerintahkan beliau untuk berbuat demikian, bukan kerana suami yang mengkehendaki sedemikian.
Adalah penting untuk isteri memahami perkara ini kerana kebanyakan isteri yang 'biasa-biasa' mudah merasa putus asa untuk terus mentaati apa yang dikehendaki oleh suami terutama apabila keinginan suami bercanggah dengan keinginan sendiri atau suami tidak membalas ketaatan dan kebaikan yang isteri lakukan.
Isteri yang luarbiasa mempunyai matlamat yang juga luarbiasa atau yang tidak dapat dilihat oleh isteri yang 'biasa-biasa'.
Jika isteri yang 'biasa-biasa' melihat hubungan antara suami dan isteri sebagai interaksi antara pasangan bercinta, isteri yang luarbiasa melihat hubungan tersebut dan interaksi antaranya sebagai ibadah kepada Allah Taala.
Maka tidak kiralah samada suami membalas atau tidak kebaikan yang dilakukan, isteri sebegini tidak akan berhenti dari terus melaksanakan kewajiban yang ditetapkan oleh Allah Taala.

02.Kedua, isteri perlu sentiasa menjana kekuatan mental dan spiritualnya.
Tanggungjawab seharian seorang isteri sangat mencabar kekuatan jiwa. Apatah lagi jika isteri tersebut bekerjaya. Tuntutan tanggungjawab yang berterusan mudah menekan perasaan naluri isteri yang secara fitrahnya sememangnya lembut dan halus.
Lebih mencabar lagi jika isteri tersebut mempunyai suami yang kurang sensitif atau kurang bertimbangrasa dalam hal-hal berhubung tanggungjawab di rumah.
Walau apapun keadaannya, apa yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seorang isteri akan kekal sebagai tanggungjawab yang bakal disoal di akhirat kelak.
Dalam ertikata yang lain, sekalipun isteri tersebut bekerja, tidak sekali-kali dia terkecuali atau dikurangkan dari tanggungjawab asasnya terhadap rumahtangganya.
Dalam keadaan ini jika tekanan tidak dapat dikurangkan seorang isteri yang luarbiasa akan sentiasa meningkatkan kekuatan mental dan spiritualnya melalui hubungannya dengan Allah Taala.
Semakin kuat tekanan, semakin rapat hubungannya dengan Allah. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasullullah s.a.w;
"Barangsiapa menjadikan semua kebimbangannya kepada satu kebimbangan (akhirat) Allah akan melenyapkan semua kebimbangan keduniaannya, dan barangsiapa yang membimbangkan tentang hal-hal keduniaan, Allah akan membiarkannya tenggelam dalam kebimbangannya"
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman yang kira-kira bermaksud:
"Wahai anak Adam! Luangkanlah masa kamu untuk beribadah kepadaKu dan Aku pastinya akan memenuhi dadamu dengan kekayaan dan kesenangan (iaitu merasa puashati dan bebas dari kesusahan) dan membebaskan kamu daripada bergantung (pada orang lain untuk keperluanmu) tetapi sekiranya kamu tidak melakukannya maka Aku akan memenuhi dadamu dengan perasaan gelisah dan rasa bersalah dan tidak akan membebaskanmu daripada bantuanmu (dan keperluan)."
Dengan kata lain, semakin bertambahnya kekayaan, kamu akan bertambah bakhil dan kamu akan sentiasa dalam kebuntuan.
Isteri yang luar biasa menjadikan Allah sebagai tempat mengadu, tempat bergantung dan memohon kekuatan.
Dalam keadaan bebanan tanggungjawab yang semakin bertambah; melayan dan memenuhi keperluan suami, mendidik dan mengasuh anak-anak, mengurus kerja-kerja rumahtangga yang tidak pernah berkesudahan, kemudian di tambah lagi dengan tuntutan tanggungjawab kerjaya sudah tentu kudrat manusia biasa tidak termampu untuk menanggungnya sendirian, apatah lagi oleh wanita yang berjiwa halus dan berfizikal lembut.
Dalam keadaan ini hanya Allah sahaja yang mampu memberi kekuatan, tempat mengadu yang menyediakan pemahaman yang amat mendalam dan tempat menggantung doa serta harapan yang tidak pernah mengecewakan.
Isteri luarbiasa mempunyai pertalian yang luarbiasa dengan Penciptanya.

03.Ketiga, isteri luarbiasa jiwanya penuh dengan kasih sayang.
Kasih sayang tersebut sentiasa mendorongnya untuk memberi berbanding menerima, memahami berbanding menuntut orang lain memahaminya, mengutamakan berbanding diutamakan, berkorban berbanding mengharap orang lain berkorban untuknya.
Isteri sebegini sedar dimana beliau dapat menyalurkan kedukaan dan keluhan agar tidak sampai nampak pada pandangan suami apatah lagi menyusahkan suami.
Bagi seorang isteri yang luarbiasa akhlaknya, tanggungjawabnya lebih utama dari hak yang perlu dituntut. Tanggungjawab akan dikira di depan Allah berbanding dengan hak.
Isteri solehah lebih gusar jika tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak dipenuhi olehnya berbanding dengan hak yang perlu diterima.
Isteri solehah lebih gusar jika kemuraman dan kemasaman wajahnya menyusahkan suami berbanding menuntut suami melayani perasaan dan kekecewaannya. Dalam ertikata yang lain, isteri yang luarbiasa juga mempunyai ketahanan mental dan emosi yang cukup tinggi.
Bagi setiap wanita yang bergelar isteri, yang bercita-cita untuk menjadi isteri yang solehah, sebaiknya mengukur kemampuan dan kesanggupan diri sendiri untuk memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan tadi.
Jika belum mampu, pertingkatkan usaha. Menjadi seorang isteri merupakan anugerah yang cukup tinggi bagi seorang wanita. Memiliki suami umpama memiliki jambatan bonus untuk meniti ke syurga. Namun tanpa ketaatan terhadap suami umpama tidak menghargai peluang yang ada.
Mengenepikan suami atau menderhakai suami pula, umpama merobohkan jambatan tersebut dan memilih untuk berenang ke syurga. Arahnya sama, namun sayang kemudahan tiada. Isteri yang luarbiasa sahaja yang berjaya tiba ke syurga yang dijanjikan Allah padanya.
Syurga pula ganjaran tertinggi bagi hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Apa yang perlu diingat selalu, sesuatu yang bernilai tinggi tidak diberi secara percuma juga tidak murah harga dan nilainya.