festaim mempizza..hihii..sgt le happy nyer...
pe lg anak2..ni mmg fav dorg..suke..sukee...
1. Keluarkan krim keju, 1 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.
2. Gunakan jenis krim keju Philadelphia (ketul) @ apa2 aje brand, bukan jenis spreadable (dalam botol).
3. Gunakan kaedah water-bath,steam bake atau bain marie (caranya sama tapi ada nama berlainan). Caranya, sediakan loyang lebih besar saiznya dari tin kek.Masukkan air 1/4 bahagian dan masukkan tin kek atasnya. Masuk dalam oven dan bakar.
4. Gunakan suhu yang perlahan iaitu 160 darjah celcius dan bakar selama 1 1/2 jam hingga 2 jam.
5. Untuk tin pembakar, gunakan springform atau loose tin supaya mudah dikeluarkan. Jika tiada, boleh gunakan acuan biasa tetapi lapik dengan plastic wrap agar mudah dikeluarkan (utk cara dingin).
6. Jangan putar keju dan gula terlalu kembang kerana overbeat boleh sebabkan kek retak atau mendap apabila keluar dari oven.Kek keju tidak perlukan udara yang banyak.
7. Setelah 1 1/2 jam, cucuk kek di bahagian tengah dengan lidi untuk pastikan ia telah masak. Jika lidi masih ada adunan melekat, bakar untuk 30 minit lagi.
8. Jika permukaan kek sudah overbrown ( terlalu perang), tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar semula.
9. Setelah kek masak, tutup api oven dan biarkan kek selama 30 minit.Jangan alihkan bekas airnya.Ini untuk mencegah kek mendap kerana perubahan haba.
10. Keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.
11. Untuk kek jenis dingin,gelatin adalah bahan yang digunakan untuk setkan kek (mengeraskan kek). Cara membuatnya ialah,didihkan air dan masukkan gelatin.Angkat dari api dan kacau hingga gelatin hancur dan menjadi cair. Sejukkan sebentar sebelum dicampurkan dengan keju.
12. Whipping cream yang digunakan pula adalah jenis Dairy Whipping Cream (apa-apa jenama) yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream. Jangan gunakan Non-Dairy Whipping Cream (for topping), ianya hanya untuk hiasan atas kek.
13. Setelah bahan-bahan dibancuh, tuangkan atas kek span atau biscuit crust dan simpan dalam peti sejuk (chiller) untuk 4 - 5 jam sehingga keras. Untuk cepatkan proses mengeras, simpan 1 -2jam dalam freezer (tempat beku) kemudian alihkan ke tempat chiller
Seronok tul join kelas memasak ni..tp risiko menggebuskan lg badan sgt tinggi..hehe :D
kt bawah ni respi yg diajar oleh cikgu lily yg baik hati...very nyummy tau cizkek ni..try la
Bahan A
150gm sponge mix chocolate
3 biji telur B
35ml air peti ais
1/2 sudu kecil ovallete
Bahan B
35gm tepung jagung
1 sudu kecil chocolate paste
1/2 sudu kecil esen chocolate mocha
1-Putar bahan A pada kelajuan cepat hingga pekat.
2-Masukkan bahan B,gaul dgn kelajuan perlahan
3-Tuang kedalam acuan bulat 10',bakar pada suhu 170'c selama 20 minit.
Bahan untuk cheese..
500gm krim cheese
80gm gula kastor
150gm pisang dilecek(restali atau embun)
50gm serbuk hazel nut
2 biji telur B
150gm yogurt (biasa)
3 sudu besar tepung kastad
1/4 sudu kecil esen pisang
1.5 sudu besar chocolete rice
2 biji pisang untuk hiasan
Caranya..
1-putar krim cheese+gula.pabila sebati.masukkan pisang lecek,serbuk hazelnut dan putar sebati.
2-masukkan telur satu persatu..gaul sebati.pastu masukkan yogurt,kastad,esen pisang dan coklat rice..gaul dgn senduk jer
3-kemudian bakar cam biasa suhu 160'c-70-80 minit.biar sejuk dlm oven sejam dua..pastu simpan dlm freezer sekurang2nyer 4jam bru leh potong....
Untuk bg kek nampak berkilat..
1 sudu kecil serbuk agar2...
1 sudu besar gula kastor
150ml air
sedikit pewarna kuning
caranya..campurkan semua bahan td kecuali pewarna....masak hingga mendidih.tutup api..masukkan pewarna dan sapu atas kek..
Bahan A
180gm mentega sejuk
400gm gula kastor
1 pkt nescafe 3in1(hijau)
Bahan B
1 sudu kecil chocolate paste
1.5 sudu kecil chocolate vanilla
Bahan C
240gm tepung superfine
70gm serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
220ml air
caranya..
1-Putar bahan A selama 4 minit..masukkan telur satu persatu hingga habis
2-masukkan bahan B perlahan2
3-ayak bahan C 3x....kemudian masukkan bahan C berselang seli dgn air biasa
4-bakar dlm dulang 9'9 pada suhu 170'c selama 60minit.10minit yg terakhir tu tutup dgn foil supaya permukaan kek masak cantik.
Chocolate fudge topping..
150gm whip cream UHT
170gm chocolate masak premier dipotong dadu-dark
Bahan A
40gm liquid glukose
40gm mentega
1 sudu besar chocolate paste
caranya..
1-Panaskan whip cream atas api kecil..masukkan coklat masakan..kacau hingga cair
2-masukkan bahan A.kacau hingga cair
3-sejukkan hingga agak keras..tuang atas kek yg dah sejuk dan hias ler...
Sharing is caring..Iza ^_^
Masa tgk nama kek ni...dlm hati kata.."'kek ni dh byk kali buat..nyesal byr msuk cls l" tp bila tgk respi lain tul..rasapun lebih sedap..hihii :D
250gm mentega
70gm gula kastor
10 biji telur putih
8 biji telur kuning
1 sudu kecil ovallate
150gm kaya kuning
180gm susu pekat
220gm biskut meri kisar
50gm tepung hong kong
9 peket hawflakes
pewarna secukupnya(hijau,kuning atau ikut suka)
Caranya..
1-putar butter dan gula hingga kembang.masukkan ovallate dan telur sebiji demi sebiji hingga habis
2- masukkan kaya dan susu pekat,gaul sebati.masukkan tepung hing kong dan serbuk biskut meri...gaul sebati
3-bahagikan adunan..2..atau 3 bahagian...warnakan
4-panaskan acuan 8' empat segi....sapu minyak terlebih dulu..lapik kertas minyak..panaskan acuan dlm pengukus sebentar.....masukkan 1/3 adunan...susun hawflakes dan kukus 6 minit...ulang2 step selang seli warna....sampai habis..last sekali kukus 12 minit..siap
selamat mencuba...
sharing is caring...Iza ^_^