Tuesday, December 21, 2010

Pizzaku

















f
estaim mempizza..hihii..sgt le happy nyer...
pe lg anak2..ni mmg fav dorg..suke..sukee...
















Saturday, December 11, 2010

Doh Pizza...diambil dr blog Citarasawan...

Bahan Doh
500gm tepung protin tinggi (tepung roti)
11gm (1 peket) yis segera Mauripan
20gm gula kastor
5gm garam
30gm shortening
20gm susu tepung
330ml air (tambah jika kurang)
5gm bread improver

Cara-cara
1. Satukan tepung, yis, gula, garam,susu tepung dan bread improver dalam mangkuk mixer. Gaul rata
2. Masukkan shortening, uli menggunakan hook dengan speed perlahan dan masukkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh. Tukar kepada speed sederhana dan uli hingga menjadi doh yang elastik.
3. Keluarkan doh dan uli dengan tangan dan bulatkan . Tutup dengan bekas yang besar atau plastik. Biarkan doh mengembang 2 kali ganda.
4. Tumbuk doh dan uli lagi. Rehatkan selama 5 minit.
5. Timbang doh 150gm dan canai bulat berukuran 8 inci. Masukkan dalam acuan non-stick pan.
6. Cucuk doh dengan garfu untuk menghalang ia menggelembung apabila dibakar. Bakar setengah masak selama 10 minit. Keluarkan doh dan biarkan ia sejuk.
7. Ratakan sos piza dan aturkan bahan-bahan topping. Akhir sekali taburkan keju mozarella.
8. Bakar semula selama 20 minit pada suhu 180C.


Bahan-bahan sos pizza :
1/2 biji bawang besar (merah)
2 ulas bawang putih
1 biji tomato, dikisar
1 tin kecil tomato puri
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak
rempah oregano
beberapa helai daun bay
1 peket daging kisar Ramly

Bahan topping :
250 gm keju mozarella, diparut
1 biji cili benggala (capsicum), dihiris bulat
1 biji bawang besar , dihiris bulat
sedikit mix vegetable
1 tin nenas kiub, dihiris
5 ketul sosej ayam, dihiris

Cara Membuatnya :
1. Cincang atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kisar tomato dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang tumbuk hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan tomato kisar, tomato puri dan daging kisar.
4. Masak atas api sederhana hingga daging kecut dan mendidih kira-kira 20 minit.
5. Masukkan 4 helai daun bay,1 sudu besar oregano, gula dan garam. Masak lagi selama 10 minit hingga sos pekat dan berbau harum.Tambah gula jika suka lebih manis.
6. Setelah masak, angkat dan sejukkan.
7. Sapukan sos atas roti pizza dan taburkan bahan-bahan topping dan terakhir taburkan keju mozarella.
8. Bakar selama 20 minit hingga masak pada suhu 200 darjah celcius.
9. Enak dimakan semasa masih hangat

Masak lemak pucuk paku
















lama tul x masak cam gini..sedap lak..anak2 mkn licin....hihi

1 ikat pucuk paku
1rm santan pekat
1 batang serai
2biji cabai besar
5-6 biji cili padi
1 labu bwg besar
1 sudu kecil serbuk kunyit
segengam ikan bilis/udang

caranya...
1-pucuk paku diambil daunnya
2-serai..cabai ..kunyit dan bwg besar diblender+santan td
3-kemudian campur semua bhn tadi masukkan garam dan masak atas api sederhana hingga mendidih..
(jgn tgl nnt santan meruap org kata..)
4-bila pucuk paku dh empuk...siap ler

Daging sumatera
















respi ni ambil dr MYr..senang dan sedap sgt..ank2 den suko bonar masakan ni...

1/2 kilo daging...di perap ngn kicap .gula dan cuka....agak2 ler
pastu terus tumis jer semua tu..biar didih smpai kering air daging tu
dn nmpk pekat berkilat...

kemudian masukkan hirisan bwg besar..cili merah dan daun sup kalau suka

Friday, December 10, 2010

Petua untuk membuat cizkek

1. Keluarkan krim keju, 1 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.

2. Gunakan jenis krim keju Philadelphia (ketul) @ apa2 aje brand, bukan jenis spreadable (dalam botol).

3. Gunakan kaedah water-bath,steam bake atau bain marie (caranya sama tapi ada nama berlainan). Caranya, sediakan loyang lebih besar saiznya dari tin kek.Masukkan air 1/4 bahagian dan masukkan tin kek atasnya. Masuk dalam oven dan bakar.

4. Gunakan suhu yang perlahan iaitu 160 darjah celcius dan bakar selama 1 1/2 jam hingga 2 jam.

5. Untuk tin pembakar, gunakan springform atau loose tin supaya mudah dikeluarkan. Jika tiada, boleh gunakan acuan biasa tetapi lapik dengan plastic wrap agar mudah dikeluarkan (utk cara dingin).

6. Jangan putar keju dan gula terlalu kembang kerana overbeat boleh sebabkan kek retak atau mendap apabila keluar dari oven.Kek keju tidak perlukan udara yang banyak.

7. Setelah 1 1/2 jam, cucuk kek di bahagian tengah dengan lidi untuk pastikan ia telah masak. Jika lidi masih ada adunan melekat, bakar untuk 30 minit lagi.

8. Jika permukaan kek sudah overbrown ( terlalu perang), tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar semula.

9. Setelah kek masak, tutup api oven dan biarkan kek selama 30 minit.Jangan alihkan bekas airnya.Ini untuk mencegah kek mendap kerana perubahan haba.

10. Keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.

11. Untuk kek jenis dingin,gelatin adalah bahan yang digunakan untuk setkan kek (mengeraskan kek). Cara membuatnya ialah,didihkan air dan masukkan gelatin.Angkat dari api dan kacau hingga gelatin hancur dan menjadi cair. Sejukkan sebentar sebelum dicampurkan dengan keju.

12. Whipping cream yang digunakan pula adalah jenis Dairy Whipping Cream (apa-apa jenama) yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream. Jangan gunakan Non-Dairy Whipping Cream (for topping), ianya hanya untuk hiasan atas kek.

13. Setelah bahan-bahan dibancuh, tuangkan atas kek span atau biscuit crust dan simpan dalam peti sejuk (chiller) untuk 4 - 5 jam sehingga keras. Untuk cepatkan proses mengeras, simpan 1 -2jam dalam freezer (tempat beku) kemudian alihkan ke tempat chiller


** info yang boleh dikongsi bersama oleh teman KR**

Tuesday, December 7, 2010

Kek Batik

* 1 bungkus (350g) biskut marie
* Setengah buku butter
* 2 biji telur
* 1 cwn serbuk koko
* 1/2 cwn milo
* 1 cwn air
* 3/4 cwn gula
* ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

1. patah2kan biskut
2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

Yogurt Banana Cizkek








Yogurt Banana Cheese Cake..by cikgu Lily..cls 4/12/2010

Seronok tul join kelas memasak ni..tp risiko menggebuskan lg badan sgt tinggi..hehe :D

kt bawah ni respi yg diajar oleh cikgu lily yg baik hati...very nyummy tau cizkek ni..try la

Bahan A

150gm sponge mix chocolate

3 biji telur B

35ml air peti ais

1/2 sudu kecil ovallete

Bahan B

35gm tepung jagung

1 sudu kecil chocolate paste

1/2 sudu kecil esen chocolate mocha

1-Putar bahan A pada kelajuan cepat hingga pekat.

2-Masukkan bahan B,gaul dgn kelajuan perlahan

3-Tuang kedalam acuan bulat 10',bakar pada suhu 170'c selama 20 minit.

Bahan untuk cheese..

500gm krim cheese

80gm gula kastor

150gm pisang dilecek(restali atau embun)

50gm serbuk hazel nut

2 biji telur B

150gm yogurt (biasa)

3 sudu besar tepung kastad

1/4 sudu kecil esen pisang

1.5 sudu besar chocolete rice

2 biji pisang untuk hiasan

Caranya..

1-putar krim cheese+gula.pabila sebati.masukkan pisang lecek,serbuk hazelnut dan putar sebati.

2-masukkan telur satu persatu..gaul sebati.pastu masukkan yogurt,kastad,esen pisang dan coklat rice..gaul dgn senduk jer

3-kemudian bakar cam biasa suhu 160'c-70-80 minit.biar sejuk dlm oven sejam dua..pastu simpan dlm freezer sekurang2nyer 4jam bru leh potong....

Untuk bg kek nampak berkilat..

1 sudu kecil serbuk agar2...

1 sudu besar gula kastor

150ml air

sedikit pewarna kuning

caranya..campurkan semua bahan td kecuali pewarna....masak hingga mendidih.tutup api..masukkan pewarna dan sapu atas kek..

Kek Coklat Mocha








Chocolate Mocha kek-with choc fudge topping..

Satu lagi resipi yg diajar oleh cikgu Lily

Bahan A

180gm mentega sejuk

400gm gula kastor

1 pkt nescafe 3in1(hijau)

Bahan B

1 sudu kecil chocolate paste

1.5 sudu kecil chocolate vanilla

Bahan C

240gm tepung superfine

70gm serbuk koko

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil soda bikarbonate

220ml air

caranya..

1-Putar bahan A selama 4 minit..masukkan telur satu persatu hingga habis

2-masukkan bahan B perlahan2

3-ayak bahan C 3x....kemudian masukkan bahan C berselang seli dgn air biasa

4-bakar dlm dulang 9'9 pada suhu 170'c selama 60minit.10minit yg terakhir tu tutup dgn foil supaya permukaan kek masak cantik.

Chocolate fudge topping..

150gm whip cream UHT

170gm chocolate masak premier dipotong dadu-dark

Bahan A

40gm liquid glukose

40gm mentega

1 sudu besar chocolate paste

caranya..

1-Panaskan whip cream atas api kecil..masukkan coklat masakan..kacau hingga cair

2-masukkan bahan A.kacau hingga cair

3-sejukkan hingga agak keras..tuang atas kek yg dah sejuk dan hias ler...

Sharing is caring..Iza ^_^

Kek Lapis Hawflakes








Kek Lapis Masam Manis..(hawflakes) by cikgu lily..4/12/2010


Masa tgk nama kek ni...dlm hati kata.."'kek ni dh byk kali buat..nyesal byr msuk cls l" tp bila tgk respi lain tul..rasapun lebih sedap..hihii :D

250gm mentega

70gm gula kastor

10 biji telur putih

8 biji telur kuning

1 sudu kecil ovallate

150gm kaya kuning

180gm susu pekat

220gm biskut meri kisar

50gm tepung hong kong

9 peket hawflakes

pewarna secukupnya(hijau,kuning atau ikut suka)

Caranya..

1-putar butter dan gula hingga kembang.masukkan ovallate dan telur sebiji demi sebiji hingga habis

2- masukkan kaya dan susu pekat,gaul sebati.masukkan tepung hing kong dan serbuk biskut meri...gaul sebati

3-bahagikan adunan..2..atau 3 bahagian...warnakan

4-panaskan acuan 8' empat segi....sapu minyak terlebih dulu..lapik kertas minyak..panaskan acuan dlm pengukus sebentar.....masukkan 1/3 adunan...susun hawflakes dan kukus 6 minit...ulang2 step selang seli warna....sampai habis..last sekali kukus 12 minit..siap

selamat mencuba...

sharing is caring...Iza ^_^

Ciz Browies
















~My Cheese Brownies~ni ler respi pertama aku cuba dr KR...sedap lak tu...sukerrr

1 cwn gula kastor
1 cwn butter
1/2 cwn serbuk koko
1 sudu teh vanila
4 biji telur
11/2 cwn tepung serbaguna
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu garam
CHEESE FILLING
250g cream cheese
70g gula
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
CARA2NYA...
1-cairkan butter+gula+serbuk koko+vanila
2-masukkan tepung dan baking..kacau hingga sebati
(jgn kacau lama sgt)
3-ambil 1 cwn adunan..asingkan
4-bakar 180'c=30minit
UTK CHEESE FILLING
campur kesemua bahan dan pukul hingga sebati.
kemudian tuang ketas brownies yg dh siap dibakar td..lps tu..paipkan brownies yg diasingkn td keatas cheese filling tu...bakar lg..30minit..siap

KEK MARBLE SUSU

















sape nk cuba kek ni x rugi sbb rasa dia mmg sedap tau....

250gm mentega
230gm gula halus
2 sudu teh ovallate
4 biji telur gred A
270gm tepung superfine+1 sudu teh baking pwder(diayak)
60gm susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu cair
1 sudu teh coklat emulco

caranya..
1-pukul mentega dan gula hingga putis..pahtu masukkan ovallate dan telur satu persatu..pukul hingga kembang..masukkan susu pekat.
2-perlahankan speed..masukkan tepung sikit demi sedikit..gaul rata..bhgikn kpd 2 adunan..1 tanpa color..1 lg boh susu cair..serbuk koko dan coklat emulco
3-kendian tuang selang seli dlm loyang..then bakar le 175'c selama 30-35 minit

KEK KAREMEL

















Sejak bbrpa bulan lepas pakat demam kek ni..ramai sungguh teman2 KR pakat nk cuba bakat bt kek ni...aku pun sama ler....ni my first trying...igt masa nk terbalikkn kek ni..suspeng tol..tkut kremel tu xjd..ehekk...tp syukur takat ni jd elok jer....


Kek Karamel ..kedit to Munira Baharom..sedap kek ni

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...

Carot Cizkek

















kek gerenti sedap giler....anak2 sy suka sgt..(bdk2 tu asalkn ader ciz jer sume suker)ngeee..;p

carot ciskek

250g tepung(diayak)
4 biji tleur
11/2 cwn minyak mazola
150g gula halus
150g gula perang
11/2 cwn carot(diparut)
1 cwn badam atau gajus cincang halus
11/2 sudu teh baking pwder
1 sudu teh garam

>>>>Pukul kuning telur+minyak+gula+carot+kekacang
Masukkan tepung gndum dan kacau..
Masukkan putih telur yg dipukul kmbg tlebih dulu
bakar 180'c selama 45minit

>
250 cream cheese
120g butter
120g gula ising
>>>pukul semua sampai kembang ..n then tuang atas kek

Kek Coklat Kukus

































Respi dr sahabat KR...sori x igt le sapa..kek ni sedap ..terasa moistnyer....tp anak2 x suka sgt kek coklat..slalu buat dpt kt jiran2 ler..hihii...

kek coklat kukus
(Bahan A)
1 cwn gula
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
>>>semua bahan diats gaul sebati dn msk atas api perlahan..rehatkn sekejap bila bhn dh sebati

(Bahan B)
3/4 tepung gndum
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking pwder
>>>>semua bahan diayak

(Bahan C)
4 biji telur diblender jer

Cara2nya:::
satukan bahan A
kukus 30-40 minit(panaskn loyang tlebih dulu)

Topping..
1 keping coklat masakan
2 sudu susu
6 sudu besar air panas..kalu pekat le h tmbh mentega sket

Merie Cizkek
































Marin buat cizkek ni sempena besday my son yg ke 12 thn....selalu nye beli dr SR tp thun ni mama dia buat sendiri..puas makan..sehari abes sebijik kek gedebok tu..hahaa

asalnye nk ltk topping coklat...tp taim msk cklat x jd lak..mne silapnyer nth..rugi coklat seketoi!!tp wutever..kek ni sgt nyummy....lag bertmbh le lemak aku....ngeeee

merie cizkek

utk base..
200gm biskut meri hancurkan
100gm mentega

untuk kek
500gm krim cheese
250gm gula halus
5 biji telur
150gm whip cream(putar gebu)
1 biji lemon..ambil jusnye

untuk dasar...panaskan mentega..gaul dgn serbuk biskut meri tu...tekan padat dlm loyang smpan dlm peti ais 15-20 minit

untuk kek...pukul ciz krim ngn gula..sampai sebati..masukkan telur satu persatu...pukul setiap kali telur dimasukkan.
pastu masukkan jus lemon...kcau dan masukkan whip cream yg dipukul td...siap..bakar cam biasa suhu 150'c selama 11/2 jam

Saturday, August 7, 2010

Caramel cheese cake

Bahan-bahan ( 18cm )

* Krim
* 250g cream cheese - suhu bilik
* 3 biji telur
* 1cwn(200ml) sour cream
* 1cwn(200ml) fresh cream
* 120g gula
* 2 sudu besar corn starch
* beberapa titik vanila esen
* Lapisan bawah
* 100g biskut marie/ graham cracker
* 50g butter(cairkan)
* Caramel
* 1/4 cwn(50ml) fresh milk
* 80g gula

Cara-cara

1. Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga hancur. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi berketul
2. Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi.
3. Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan fresh milk. Ketepikan
4. Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula -> esen vanila -> sour cream -> telur -> corn starch -> fresh cream ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga jadi bentuk krim.
5.
Caramelcheesecake1
Tuangkan krim ke dalam loyang. Letakkan karamel di atas cream tadi.
6. Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit. untuk mengelakkan hangus pada permukaan bolehlah letak aluminium foil selepas 30 minit pertama. Bakar secara double-boiler dgn meletakkan air suam di dalam dulang.

Notes// corn starch=tpg jagung
fresh creame=whip cream
sour cream=leh tukar ngn yogurt atau susu segar+perahn lemon sket

Wednesday, July 7, 2010

Talam Cendol

bahagian bawah
140 g tepung beras
60 g tepung hon kwee(putih)
170 g gula melaka
160 gula kaster
1000 ml air

bahagian atas
1000 ml santan( pekat + cair)
1 1/2 sudu teh garam
70 g tepung beras
50 g tepung hon kwee
120 g cendol

Cara
1. buat bahagian A dulu. campur semua dan masak atas api hingga berwap. tuang dalam loyang dankukus dalam 20 minit.
2. sementara tu buat bahagia . capur semua kecuali cendol dan kacau atas api hingga berwap. dah berwap baru masuk cendol dan tuang atas bhg a. kukus dalam 30 minit.

Kek Lapis Evergreen

Kek evergreen

Bahan A
10 biji telur
1 gelas gula
1 sudu overlate


Bahan B
16oz mentega
1 gelas sri kaya
1 gelas susu pekat
2 gelas tepung gandum
2 peket santan krim (serbuk)
1 sudu the pandan paste
Pewarna hijau

Cara-cara
-pukul bahan A sampai betul2 kembang
-pukul bahan B sampai kembang (bekas lain)
-satukan kedua-dua bahan, kacau sebati,
-masukkan pewarna hijau
-alas Loyang (biasanya 8”x8” atau 9”x9”) dengan kertas minyak yang dah sapu butter
-senduk 5 – 8 sudu makan adunan dah ratakan dlm Loyang guna sudu
-bakar 180’C sampai kekuningan, senduk lagi dan lapis adunan sampai habis

kek lapis serawak masam manis

Kek lapis sarawak masam manis

Bahan-bahan
10 biji telur
½ gelas gula
2 gelas mentega (golden churn/butter cup)
3 gelas tepung biskut marie
10 bungkus hawflakes (jajan asam)
½ gelas susu manis
½ gelas sri kaya
1 sudu besar overlate
1 sudu the Esen vanilla
Pewarna merah dan kuning (ikut suka)

Cara-cara
-pukul mentega dan gula sampai betul2 kembang
-masukkan telur satu persatu,pukul sampai kembang
-masukkan overlate
-masukkan tepung biskut marie,kacau rata
-seterusnya masukkan susu,sri kaya dan esen vanilla
-sebatikan semua.asingkan adunan dalam 2 bekas.kalau bekas A 10 senduk, bekas B pun 10 senduk jugak
-letak pewarna. Bekas A warna merah,bekas B warna kuning
-alas Loyang (biasanya 8”x8” atau 9”x9”) dengan kertas minyak yang dah sapu butter
-senduk 5 – 8 sudu makan adunan pewarna merah dah ratakan dlm Loyang guna sudu
-bakar 180’C sampai kekuningan, kalau ada gelembung, ratakan atau biar gelembung turun dulu.
-senduk adunan warna kuning ,susun hawflakes rapat-rapat. bakar lagi sampai kuning.ulang sampai habis.

tips: lapisan pertama dan kedua bakar api atas bawah.lapisan seterusnya api atas je

Monday, July 5, 2010

Marble Cheese Cake



Bahan A
180 g butter
170 g gula kastor (sy guna 150 g je)
3 biji telur
*20 g serbuk koko
*120 g tepung naik sendiri
*1 sudu teh baking powder
* - ayak bersama

Bahan B
250 g cream cheese (sy guna philadelphia)
60 g gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur

Cara-cara:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung dan lain yg diayak. Gaul rata. Ketepikan.
4. Dlm bekas lain, pukul semua bahan B hingga kembang.
5. Tuang adunan A, ratakan. Masukkan adunan B, ratakan. Buat berselang-seli
hingga habis adunan.
6. Sebelum tu, biasa la lapik kertas pd loyang & sapu majrin.
7. Bakar pd suhu 160 darjah celsius selama 1 jam atau hingga masak.

Blueberry cheese tart

  • utk pastry
    125 gm marjerin/mentega
    60gm gula aising
    1 biji telur saiz B
    240 gm tepung gamdum

    utk filling
    250gm cream cheese
    50 gm hula aising
    20 gm mentega lembutkan
    1/2 sudu besar perahan lemon
    1 biji telur gred B
    blueberry pie filling

    caranya

    panaskan ketuhar 180c
    pukul mentega/gula aising sampai cremmy
    masukkan telur pukul lagi
    masukkan tepung gaul sampai jadi doh
    tekan doh dlm bekas tart
    trim tepi dgn sudu/pisau
    bakar 15/20 min
    tunngu sejuk keluarkan dr acuan

    utk filling

    pkl cheese cream/mentega/gula aising sampai fluffy
    mskkan telur dan perahan limau
    pukul lagi
    sendukkan dlm piping beg
    pipekan dlm doh tart
    hiaskan dgn blueberry
    bkr 180c l/k 10 mint

    ngap ngap ngap

    selamat mencuba...

  • utk filling tart telur
    1 cwn susu cair
    4 biji telur
    1 cwn air
    1 sudu besar tepung kastard
    1/2 sudu kecil esen vanila
    pewarna kuning

    campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati

Tart Telur

  • utk pastry
    125 gm marjerin/mentega
    60gm gula aising
    1 biji telur saiz B
    240 gm tepung gamdum

    utk filling
    250gm cream cheese
    50 gm hula aising
    20 gm mentega lembutkan
    1/2 sudu besar perahan lemon
    1 biji telur gred B
    blueberry pie filling

    caranya

    panaskan ketuhar 180c
    pukul mentega/gula aising sampai cremmy
    masukkan telur pukul lagi
    masukkan tepung gaul sampai jadi doh
    tekan doh dlm bekas tart
    trim tepi dgn sudu/pisau
    bakar 15/20 min
    tunngu sejuk keluarkan dr acuan

    utk filling

    pkl cheese cream/mentega/gula aising sampai fluffy
    mskkan telur dan perahan limau
    pukul lagi
    sendukkan dlm piping beg
    pipekan dlm doh tart
    hiaskan dgn blueberry
    bkr 180c l/k 10 mint


  • utk filling tart telur1 cwn susu cair4 biji telur
    1 cwn air
    1 sudu besar tepung kastard
    1/2 sudu kecil esen vanila
    pewarna kuning

    campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati

Kek Lapis Kukus Kaya Horlick

BAHAN2NYA :
1 ketul butter(250 gm)
2 sudu makan gula halus
10 biji telur
1 tin kecil susu pekat
1 tin kecil seri kaya
1 paket kecil horlicks(200 gm)
2 gelas tepung gandum(ayak 3 kali)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh browning + 1 sudu teh nescafe(larutkan dengan sedikit air panas)
Pewarna hijau epal, pink,pes keladi + perisa keladi,biru, merah & kuning .
CARA2NYA :
1.Pukul butter & gula halus sehingga kembang.
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga kembang.(pastikan telur betul2 bergaul sebati dengan butter sebelum memasukkan telur yang berikutnya)
3.Masukkan susu, kaya dan horlicks serta esen vanila.Gaul sebati.
4.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
5.Bahagikan adunan kepada 7 bahagian.Letakkan pewarna
6.Kukus adunan warna hijau terlebih dulu selama 5 minit ke dalam kukusan yang telah mendidih. Seterusnya warna browning,pink,ungu,biru,merah & kuning.Kukus selapis demi selapis sehingga masak(1 jam).
SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA.

Puding coklat/ros

bahan-bahan:

4 keping roti
2 biji telur
1/2 susu pekat
1 cawan susu cair
10 gram serbuk agar2
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
2 sudu besar sebuk koko atau
sirap ros kalau nak kaler pink bandung

cara-cara

didihkan 3 cawan air, serbuk agar2 dan gula di dalam periuk. blend roti, susu pekat, susu cair dan balance 1/2 cawan air tadi. kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yang sudah di didih tadi. masukkan butter/majerin kedalam dan kacau hingga sedikit pekat dan matikan api dapur.
bahagikan kepada 2 warna, putih asal dan coklat/pink. senduk dalam loyang berselang seli..siap leh masuk peti.... mudah dan sedap d mkn ketika sejuk..

Wednesday, June 30, 2010

keropok lekor

Bahan:
ikan selayang paling best...
tepung sagu (sukatan ikan dan tep sagu mesti sama. eg: 1 mangkuk ikan mesti 1 mangkuk tep sagu)
garam (secukup rasa)
ajinomoto (secukup rasa ju)
air sejuk (dr peti ais)
Cara:
Gaul semuanya
Tumbuk/blend atau apa saja cara yang sesuai
bentukkan ikut suka anda... (mesti guna tep sagu juga supaya tidak melekat di tangan atau papan canai)
Adunan tadi perlu dipadat2kan supaya tidak pecah semasa direbus (caranya?..hempas2kan adunan kat papan canai tu...hehe..)
rebus dalam air panas menggelegak (tambah sikit minyak dalam air panas....untuk mecantikkan keropok tadi)
Bila keropok dah masak, ia akan timbul d permukaan air.
Boleh juga terus digoreng tanpa drebus.. lebih sedap.
Cubalah...

BERGEDIL

BERGEDIL

Bahan-Bahan:-
1 kg ubi kentang (di kupas kulit)
20 gm jintan putih
...20 gm jintan manis
1 biji bawang merah
4 batang daun bawang (dihiris halus)
3 biji telur (dipukul kembang)
Sedikit garam dan perasa (mengikut citarasa sendiri)
Minyak masak untuk menggoreng kentang

Cara-Cara:-
1. Potong kentang berukuran 1/2 cm.
2. Panaskan minyak selama 15 minit diatas dapur. Goreng sehingga kekuningan dan empuk.
3. Setelah masak tumbuk sehingga lumat. Kemudian ketepikan
4. Kisar halus jintan putih, jintan manis dan bawang merah. Kisar kering, jangan campur air.
5. Gaul sehigga sebati bahan kisar dengan kentang yang sudah ditumbuk.
6. Kepal dan bentukkan kentang menjadi bulat kecil. Setelah siap, masukkan kedalam peti sejuk selama 15 minit.
7. Celopkan begedil kedalam telur sebelum digoreng.

TEPUNG PELITA

TEPUNG PELITA

Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung beras
1 cawan gula halus
...2 ½ cawan santan pekat
5 cawan air panas
½ cawan jus pandan
Garam secukup rasa
Daun pisang (potong empat segi)

Cara-Cara:-
1. Bancuh satu cawan tepung beras bersama pati santan serta garam (secukup rasa). Ketepikan.

(Adunan A)
1. Bancuh tepung yang selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau hingga cair (jangan terlalu cair).

(Adunan B)
1. Bentukkan daun pisang menjadi empat persegi.
2. Jerangkan air kukusan. Apabila mendidih atur acuan daun pisang diatas dulang.
3. Masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan.
4. Setelah itu bolehlah dikukus.
5. Bila adunan B telah beku, tuangkan adunan A ke
atasnya.
6. Setelah itu kukus lagi sehingga masak.

Monday, June 28, 2010

Blueberry cheese cake



Bahan A -Base Biskut
120 gm biskut chipsmore
2 s/b butter

Cara
1. Mesinkan halus biskut.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.

Bahan B - Filling
250 gm krim keju
70 gm butter
120 gm fresh cream
120 gm gula halus
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]
2 s/b blueberry filling

Topping:
Filling blueberry..
[bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek
atau dalam tin dari supermarket. ]

Cara:
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...
2. Pukul putih telur sehingga naik gebu seperti buih sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyak atau air.]
3. Pukulkan keju krim, butter, gula dan fresh cream/whipping cream sehingga gebu.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi sehinggga rata.
5.. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.
6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.
7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.
8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.
9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.
10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit
11. Bila telah amsak biarkan didalam oven selama beberapa jam.
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.
13. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.

PIZZA DOH

  • RESEPI DR CIKGU AZIE...(copy&paste)
  • 2 CWN TEPUNG GNDUM/ROTI
    * 1/2 PEKET MAURIPAN/YIS KERING
    * 1 SDU MKN GULA
    * SEDIKIT MINYAK ZAITUN/MASAK
    BHN2 BERTANDA * CAMPURKN N BIAR SEKETIKA HINGGA BERBUIH BERSAMA 1/2 CWN AIR SUAM..
    SEDKIT GRAM

    CARA: MASUKKN GRM+TEPUNG + BHAN * & ULI..TAMBAH AIR SEDIKIT2 & ULI HINGGA JD DOH YG X MELEKAT PD TANGAN.. HINGGA DOH LEMBUT N KENYAL..BIARKAN 1/2 JAM/HINGGA DOH NAIK 2 X GANDA..TUMBUK DOH N KELUARKAN ANGIN..CANAI NIPIS N LTAK ATAS TUTUP PRIUK..BIARKN 15 MNIT BRU LTAK TOPPING YG DKHNDAKI..N BKAR SHU 190 SLMA 20 M. LTAK DTGH2 OVEN.. DPT 2 BJI PIZZA SEBESAR PIC YG SY BG..SLAMT MNCUBA..NYUM NYUM..BERBALOI..:)

  • Untuk toppingnya....
  • tumis bwg besar,putih- wangi: masukkan dging/ayam cincg..ltak serbuk lada putih sket,gram n masak-kering.. pastikan ltak prego/tomato paste atas doh dlu..ltak daging td,sosej,capsicum,bwang n serbuk oregano..last sx mozarella.. bleh jgak ganti ngn inti tuna,serunding,sambal bilis punn. .. kita yg buat dia..hi hi hi.. sosej pun bleh gnti ngan beb0la daging,ayam.ktam

Sunday, June 20, 2010

LASAGNA

Bhn2

6 kpg lasagna [bleh dpt kt pasaraya same rak ngn spagetti]
mozarella/cheddar cheese untk ditabur

Bhn sos daging
1 tin sos spegatti prego [tradisional/cendawan]
1 pkt 400gm daging kisar ramly
1 biji bawang besar, 2 biji bwg putih [potong dadu]
air ,garam , gula secukup rasa

tumis bawang sampi naik bau
masukkan daging kisar kacau smpai berubah warna
masukkan sos spageti kacau
tambah air, garam n gula secukup rasa
kacau smpi kuah agak pekat

Bhn sos putih
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1 kotak 250ml susu full cream dutc lady
cheese sukatan ikut suka [parmesan/cheddar]
garam n serbuk lada hitam secukup rasa

panaskan mentega sehingga cair
masukkan tepung gandum kacau jgn smpi berketul
masukkan susu kacau
masukkan cheese kacau smpi sos jd pekat

sediakan loyang empt segi sama[anggaran sama besar ngn 2 kpg lasagna]
sapu sedikit mentega pd dasar
tuang 1/4 sos daging dlm loyang
kmd aturkan 2 kpg lasagna di atasnya [1]
tuang lagi 1/4 sos daging-[2]
tuang 1/3 sos putih keatas sos daging-[3]
ulang proses 1-3 sehingga habis
akhir sekali atas sos putih blah la di tabur mozarella/ cheddar cheese

bakar pd suhu 180 darjah selama 30-40 min

selamat mencuba

Tuesday, June 15, 2010

Kek Coklat kukus










1 CAWAN SERBUK KOKO
1 CAWAN GULA
1 CAWAN MARJERIN CAIR
1 CAWAN SUSU CAIR
1/2 CAWAN SUSU PEKAT
1 1/4 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU TEH SODA
1 SUDU TEH BAKING POWDER
3 BIJI TELUR(DIPUKUL)

1 BOTOL KECIL CHOC RICE(hiasan)



CARA2NYA;

PUKUL TELUR(XPERLU KEMBANG SGT)
CAMPURKAN KESEMUA BAHAN2 DI ATAS
SEBATIKAN ADUNAN KEMUDIAN TAPISKAN
SETELAH DITAPIS GAULKN LAGI SEMENTARA ITU PANASKN KUKUSAN
SETELAH AIR KUKUSAN MENDIDIH,KUKUSKN ADUNAN TD +- 1JAM
SETELAH MASAK BIARKN SELAMA 30MIN KEMUDIAN TABURKN CHOC RICE
DIATASNYER@TABURKN BHN2 LAIN YG SEKAWASAN DGNNYER...

Wednesday, June 2, 2010

MAKARONI BAKAR

Bahan Utama : makaroni(Biasanye ada dijual di supermarket n banyak bentuk...terpulang pada minat anda)
Biasanye saya gunakan yg separuh bulat tu..lain bentuk pub bleh ikut suka
masing2lah...makaroni ni direbus dengan air, taruk sedikit minyak serta garam secubit dan rebus hingga lembut ( better ambik satu n gigit )...Kemudian angkat, jirus dengan air paip,
kemudian toskan.

bahan bahan:
-iai ayam yg dipotong dadu( saya guna 2 ketul dada ayam tanpa tulang )
-isi udang potong 3 dalam 15 ekor( buang kulit ya)
-2 sudu cili paste/cili kisar(cili kering)/cili boh ( pada yg tan suka pedas just letak 1/2 sudu je)
-bawang besar seketul ( mesin hingga hancur-lagi sedap kalau just potong dadu..)
-bawang putih 2 3 ketul...mesin gak
-kicap kipas udang 4 sudu..
-tomato puree ( 1 tin...kalau ada tomato segar lagi best just potong dadu je)
-telor 3 biji..( stir 1 minit iar sebati)

cara2...
Tumis bawang merah,bawang putih n cili kisar tadi sebentar.....pas tu letak isi ayam dan tak lupa juga, taruk tomato puree, supaya akan ada rasa masam2 sikit,bila da naik baunye, masukkan kicap kipas udang , udang dan truk air sikit, masak hingga kering.....taruk garam dan bahan perasa.....selepas tu masukkan makaroni yg dah direbus tadi......tutup api...tuang telur n gaul agar sebati
sediakan loyang pembakar...sapu loyang dengan sdikat butter...tuang semua bahan dalam dulang pembakar...n tabur keju mozarella...lagi banyak lagi bagus...
n bakar pada suhu 150c selama 25-30 minit
selamat mencuba

ROTI SAMBAL BILIS

ROTI SAMBAL BILIS + KENTANG BAHAN:
300gm/3 cwn tpg. gandum (nak guna tpg roti lg ok)
3 cams gula 1 camb susu tepung
3 cams planta
1 bj telur (kacau2 & ambil sikit + 1 cams susu cair utk sapu atas roti nanti)
1 cams yis mauripan
1/2 camt garam ...
1/2 camt bread improver
Bijan Air suam ikut lembut doh (saya guna air paip je)
CARA:
1) Bancuh gula, yis & sedikit air - peram 10 minit smpi berbuih.
2) Dlm mangkuk lain, masukkan semua bahan kering kecuali bijan. Gaul smpi jadi serbuk roti. 3) Masukkan yis tadi dan tuang air sedikit2 ikut lembut dan licin (tak ada sisa di mangkuk). Ulilah smpi lenguh2 jemari anda kira2 15min. Perap selama 50 min dlm plastik besar.
4) Tumbuk2 keluarkan angin doh tadi dan bulat2kanlah mcm roti. Masukkan inti yg anda suka tutup rapat2. Susun dlm tray yg telah dilengser( jgn rapat sgt). Perap lagi selama 45 min.
5) Sebelum bakar sapu atas roti dgn telur yg diambil sedikit tadi dan taburlah sedikit bijan.
6) Bakar smpi kuning keemasan, keluarkan dan sapu atas roti dgn sedikit planta utk kelihatan berkilat. * Makan ketika panas2 memang sedap...

Sunday, May 30, 2010

Kek Buah2an kukus

***BAHAN2NYA:***
375gm mixfruit dlm kotak
250gm butter golden churn
300gm tepung gandum *
3 biji telur ayam gred A
1 camca teh soda bicarbonate *
1 camca teh cream of tartar *
150gm gula perang(gula halus pun bole)
150gm gula pasir(utk dijadikan gula hangus)
1 biji pala diparut
30gm badam keping
ceri merah/ceri hijau ntk hiasan
(* diayak )

***CARA2MEMBUATNYA:***
1) satukan mixfruit, buah pala n badam keping.
2)masukan tepung yg telah diayak dan gaul bersama mix fruit hingga buah2an bersalut dgn tpg. ini utk mengelakan buah mendak kebwh.
3) masa ini jerang air hingga mendidih utk proses mengukus.
4)pukul mentega dgn gula perang hingga berkrim dan masukan telur satu persatu pukul hingga putih jgn terlalu kembang.
5)perlahankan speed dan masukan buah2an dan gaul hingga rata. matikan mesin. sementara itu masak gula utk dijadikan gula hangus hingga berwarna gelap.
6)putar semula dgn speed perlahan dan masukan gula hangus dgn cermat dan pantas kearan gula hangus akan cpt membeku.
7)masukan dlm loyang yg bersaiz 8x8x3 dan hias dgn ceri merah/hijau.
8)tutup loyang dgn aluminiun foil utk mengelakan pengwapan..dan kukusla selama 4 jam hingga msk
SELAMAT MENCUBA...
30 minutes ago · Report

Saturday, May 29, 2010

Paru2 goreng kelapa

bhan2nye:

PAru 1 kilo d potong sdehana bsar dn rebus. sesusah sejuk.potong kecil2 paru itu.kemudian d goreng garing
bwng merah 5 bji,halia 2 bsar jari,lada api 12 btg (ikot suke nk pdas),lengkuas 1 inci,bwg putih 3 ulas,( tumbuk smuanye hingga halus)
kelapa stengah cwan d goreng jgn tlalu garing mcm nk wt kerisik..goreng perang2 je
kicap manis,gule (dlm 2 sudu @ 1 sudu pon boleh),grm.ajinamoto .lda besar d belah 4 untuk hiasan

caranye:

pnaskn miyak dlm kuali,tumis bhan2 tumbuk hingga wanggi..
msukkn paru yg d goreng (yg d potong kecil2)
masukkn kelapa goreng
msukkn kicap,gule(2 sudu),gram dn ajinamto ckit.
klu garing sngat tmbh kn air skit je spaye sebati semua parru2 tu.
last skali msokkn lada besar.
gaul rat smpai kering.

Wednesday, May 26, 2010

Biskur sarang semut

70g butter,

40g g/icing,

1/4 tsp vanila,

1/2tbsp susu pekat,

1 kuning telur (direbus)

100g tepung red rose + 1/2 tsp b/p.
Pukul buter dan gula sekejap aja.Masuk vanila, susu dan telur rebus, kacau rata, masukpula tepung, jadikan doh.parut doh dalam papercup dan tabur choco...late rice.

Monday, May 24, 2010

Kueh Kaswi

1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung ubi
1 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1 cwn gula merah
3 sudu teh kapor (utk mknan)
5 cwn air
daun pandan


1-masak 2 cwn air+ gula+gula mrh+daun pandan.. tapis n sejukkan..

2-blender semua bhn dgn air yg dh sejuk dan tapis.

3-panaskn kukusan dan boleh la dikukus..30 minit

Puding Marble

bhn;
agar 25gm
1 cw gula
1 tin ssu cair
5 bj telo ayam
1 sdt aising vanilla
125g mentega
3/4 cw milo dicairkan-4 sd air pns
4 sdb kastad

cara;
-mskkan agar2.msk air dlm bks plstik 2
-mskkan gula
-adun mentega+telo+asen vanilla
-slps hancur,mskkan ssu cair slow2..
-mskan t/kastad+adunan akn bintil2..don worry
-mskkan adunan dlm didihan agr2 dan gula yg dihancurkan
-api jgn besau sgt
-kacau perlahan smpai ktul2 2 hancur n sebati
-bila da msk bhgi 2...1 bhgian warna asl
-1 lg bhgian mskkan bancuhan milo td
-mixerkan bancuhan tsbt agar bancuhan milo td sebati
-mskkan dlm loyang secara selang seli
-patu sejokkan dlm peti ais
-SIAP...

Brownies

BAHAN base brownies
1 cups gula caster
1 cups butter yang sudah dicairkan
...1/2 cups serbuk koko
1 teaspoon esen vanilla
4 biji telor
1 1/2 cups all purpose flour
1/2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt

cheese filling:
250 gm cream cheese
70 gm gula halus
2 biji telur
1/2 sd teh garam

CARA NYA:
Untuk base,Cair kan butter, lalu masuk kan gula, kacau kacau je..tak payah pakai mixer! kemudian masokkan serbuk koko dan esen vanilla,kacau lagi kejap jer.Masokkan telor satu persatu dan kacau lagi.Masokkan tepong & baking powder perlahan lahan dan kacau biar sebati.ambil 1 cwn adunan brownies dan asingkan,itu untuk letak d cheese fillling kemudian. .Taruk lebihan adunan kat loyang yg dah taruk kertas pembakar dan grease ngan sikit butter.Masak dalam oven suhu 175 darjah selama 35 mins..atau try ler cucuk ngan lidi..
untuk cheese filling,campurkan kesemua bahan cheese dan pukul hingga sebati.apa bila brownies td sda masak,tuangkan cheese filling d atas permukaan brownies yg d bakar td.kemudian letakn adunan brownies yg d asing kn td ke dlm piping bag dan paipkan ke atas permukaan cheese filling mengikut kreativiti masing2.bakar lgi pada suhu 180'c selama 30 minit.

Cupcakes

resepi vanilla cupcakes ni saya dh cuba byk kali..dpt dari rancangan sugar Anna Olson,
125 gm tepung serbaguna+ 1/2 teaspoon bicar.soda + 1 teaspoon b.powder- diayak
125gm butter
100gm castor
2 eggs... See More
1 tsp esen vanilla
2 tbsp susu( fresh/cair)
cara- putar butter dgn gula hingga kembang, masukkan telur,putarlagi. masukkan vanilla esen, pastu masukkan tepung berselangseli dgn susu.putar lagi. Lepastu masukkan dlm acuan kertas cupcakes, bakar 150'c selama 10-15 minit.

Sunday, May 23, 2010

Mee Sanggul

2-3 sanggul yee mee 5 ulas bawang putih 5 biji cendawan shitake (yg kering- rendam hingga lembut dan potong 2)1 keping dada ayam potong kecil 3 tangkai lada kering di potong2 2 sudu besar sos tiram 3 sudu besar kicap cair 1 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia dihiris nipis serbuk lada hitam garam secukupnya
beberapa titik minyak bijan 1 sudu ... See Morebesar tepung jagung di bancuh dengan air minyak utk menumis... See More
Cara-caranya-
1. Tumis bawang putih,cili kering dan halia hingga naik bau. 2. Masuk ayam masak hingga empuk. 3. Masukkan 2 cawan air. 4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, serbuk lada hitam, garam. 5. Masukkan cendawan dan sayur lain tunggu 2-3 minit. 6. Masukkan tepung jagung dan kacau. 7. Titikkan minyak bijan sikit je tau. 8. Masukkan yee mee sebentar dan hidangkan panas2. pecah telur..

Ayam Paprik

Ayam paprik


Bahan
* 300 gm isi ayam
... * 100 gm carrot
* 100 gm brokoli-tak (x ltk sbb xda)
* 100 gm bunga kobis(x letak sbb xda)
* 50 gm capsicum merah/hijau
* 1 labu bawang besar-d belah 4
* 3 cm halia-d hiris
* 4 batang jagung muda-tak pkai jgg muda,gna jgg biasa ambil isinya jak
* 1 biji tomato-dipotong 4
* sedikit daun ketumbar(klu xda pun xpa)

Bahan Sos:-

* 2 sudu besar kicap pekat
* 5 sudu besar sos tomato
* 5 sudu besar sos cili
* 3 sudu besar sos tiram
* 2 sudu besar cili boh
* 2 batang serai - di titik
* 3 biji limau kasturi (ambil jus)
* 5 biji cili padi (bole tambah,klu mau tambah pedas)
* 3 ulas bawang putih - d tumbuk
* sedikit air
* 3 helai daun purut-d hiris nipis
* garam secukup rasa
* gula secukup rasa
* minyak

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam,carrot, kicap pekat, sos tomato, sos cili,cili boh dan sos tiram. Masukkan air.
3. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Kemudian masukkan sayuran lain.
4. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut dan sedikit garam dan gula.
5. Rasa dulu barulah dipadamkan api dan tuangkan jus limau kasturi setelah api dipadamkan dan kacau sebati.
6. Barulah dihidangkan panas-panas dan taburkan sedikit daun ketumbar.

ikut cita rasa masing2 mo letak syur apa.sya kurang letak syur sbb sya x mkn syur(hehehe)lgi pun bhn2 ni jak yg sya ada..apa2 pun jd jgkla..slmt mcuba

Pau Gebu

  • * 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
    * 3g (3/4 sudu teh) yis kering
    * 2g (1/2 sudu teh) baking powder
    * 50g (4 sudu makan) gula castor
    * 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
    * 2g (1 sudu teh) bread softener
    * 1/2 cawan air suam

    Cara-cara

    1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
    2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
    3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
    4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
    5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
    6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
    7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
    8. Masukkan inti dan tutup kemas.
    9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
    10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
    11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
    12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
    13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
    14. Selamat mencuba...
    klo gna tepung pau..warnanya putih n bersih... tepung biasa wrnanya perang sket.

Thursday, May 20, 2010

Kueh Talam Jagung

KUEH TALAM JAGUNG

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan jagung cream... See More
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan
1/2 cawan gula

Bahan Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
3. Kukuskan selama 30 minit.
4. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.
6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan betul2 barulah dipotong.

Tuesday, May 18, 2010

Carrot cake

BAHAN²:

4 biji telur (asingkan kuning & putih)
1 1/2 cawan minyak mazolla
150g gula halus... See More
150g gula perang
1 1/2 carrot cwn- parut
1 cawan kekacan (boleh guna almond, gajus, walnut atau apa sahaja..tp aku suka gajus..lembut sket)

250g tpg gandum - ayak
1 1/2 sudu teh baking powder - ayak
1 sudu teh garam

CARA²:
1. pukul kuning telur, masukkan minyak, gula, carrot, kacang
2. setelah semua sebati masukkan tepung
3. akhir sekali masukkan putih telur yg dipukul hingga kembang

bakar 180c <>45m

ISING:
250g cream cheese (philapdelphia)
120g butter
120g gula ising

- pukul kesemua bahan dan sapu atas kek tadi.

Monday, May 17, 2010

Nasi Dagang

**NASI**
# 4 cawan beras b ( wangi )+ 1 cawan beras pulut
# 1/2 tin santan... See More
# garam dan gula
# 1 sudu besar halba
# bawang dan halia (hiris halus2)
# air

**GULAI IKAN TONGKOL**
$ 1 tin santan
$ 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
15-20 tangkai cili kering
$ 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
$ 6 keping asam keping
$ garam dan secubit ajinomoto
$ gula
$ 5-6 biji cili padi
$ 1 ekor ikan tongkol
$ 1 cm belacan
$ 2 sdu makn kerisik

**ACAR**
& 2 batang timun
& 1 batang lobak merah
& 1/2 biji bawang besar
& 1 biji lada besar
& cuka, garam, gula
Cara-cara

NASI:
Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.

GULAI IKAN TONGKOL:
Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi & kerisik.
ACAR:
Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika

Friday, May 14, 2010

Kek Mambo

Baha nya:
125gm butter pada suhu bilik
155gm tepong naik sendiri
2 biji telor dipukul sedikit
100gm gula halus
80ml susu segar
125gm cooking chocolate
1 teaspoon vanilla essence
Oven at 170 degrees, grease the pan , cook the cooking choc by double boiling.
1)putar mentega dengan gula hingga putih.
2)tambahkan telor dan terus memutar hingga kembang,masok essence dan putar rata.
3)pada kelajuan sederhana, masokkan tepong selang seli dengan susu segar..hingga habis dan kacau.
4)bahagikan kepada 2 bahagian.1 biar warna asal, 1 lagi dibancuh dengan cooking chocolate yang sudah dicairkan,dan kacau rata.Tuang ke loyang yang sudah ditaruh baking sheet dan sudah digrease dengan butter.Tuang dengan cara selang seli, dan dipenghabisan, lorekkan dengan penghujung pisau.Bila bakar check the cake wether dah masak ke belom....

Thursday, May 13, 2010

mee rebus Utara

bahan2
bawang besar,b.puteh,halia n serai blender..tumis sampai pecah minyak
masuk rempah kari n serbuk cili
masuk ubi keledek yg direbus n kisar..
masuk air rebusan ayam n ayam yg direbus n dipotong kecil... See More
masuk sos tomato,garam n gula

hidang dengan mee ,sawi,tauge yg dicelur
leh tambah cili besar,bawang goreng,tauhu goreng, telur rebus n asam limau

Tepung goreng

tpg gandum+telur+kapur makan+garam+serbuk kunyit+kelapa parut+air..
mak saya dulu niaga grg pisang, habuk pisang tu bila mkn krup krap..krup krak..heheh..sedap..

Topping

1/2 tin susu pekat,
1/4 cwn koko,
3 sudu besar myak msk/jgung ,
1/2 st esen vanilla n sikit nescafe.
cara 1.campo ksemua bhn
2.masak double boiling
.3.curah atas kek
4.tabur chclate rice bila topping hmpir sejuk.selamat mcuba.

Tuesday, May 11, 2010

Solok lada

Isi ikan sardin/kembong..(2 eko)
cili api n lada hitam sket,
bwg merah n putih chopping n tumis sampai wangi masukkn kelapa(2 senduk) n isi ikan td n masak sampai kering sket..ltak gram,gla n prasa klo suka..
kepal n masukkkn dlm lada besar hijau yg dblah tgh n dbuang bji..( cri lada yg basar2) susun dlm koli n masukkn sket santan pekat n gram sket.(sntan sket je jgn smpi tgelam..tutup n masak ngn api perlahn- masak..

Isteri Luar Biasa


Berkahwin dan memiliki sebuah keluarga sentiasa menjadi keinginan seorang wanita.
Jika ditanya pula pada seorang wanita yang baru mendirikan rumahtangga, kebanyakannya ingin menjadi isteri yang baik kepada suami dan ibu yang baik kepada anak-anaknya.
Antara lain harapan yang diletakkan ialah ingin mengekalkan kebahagiaan hingga ke anak cucu, malah ada yang ingin kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Sekalipun matlamat dan harapan cukup jelas, ramai yang gagal meramal atau menjangka laluannya tidak semudah yang disangka.
Alasannya cukup mudah, jika yang diinginkan ialah kebahagiaan, sudah tentu yang diuji adalah ketahanan dan pengorbanan setiap individu yang inginkan kebahagiaan tersebut.
Bahagia tidak datang secara percuma, juga bahagia bukan sesuatu yang boleh diperturunkan oleh sesiapa kepada sesiapa.
Kebahagiaan perlu diusahakan.
Laluannya perlu difahami, teknik dan strategi perlu dipelajari, rintangan dan halangan perlu dijangka lebih awal, persediaan mental, fizikal dan kejiwaan perlu sentiasa dibina dan ditingkat, kemahiran asas dan tambahan perlu dipelajari, petua dari yang orang yang berjaya dan berpengalaman perlu sentiasa dituntut dan yang penting sekali perhubungan dengan Yang Maha Berkuasa perlu sentiasa dihidupkan.
Bagi seorang wanita yang ingin menjadi isteri yang solehah, mereka perlu jelas dengan apa yang dinyatakan tadi.
Isteri solehah di sisi Allah selayaknya diberi ganjaran syurga. Sementara syurga itu adalah tempat orang yang juga mendapat tempat disisi Allah.
Orang yang mendapat tempat disisi Allah pula bukanlah orang yang sembarangan, bukan orang yang kalah bila diuji, yang melatah bila ditimpa kesusahan dan putus asa bila diuji dengan kesabaran.
Isteri yang solehah boleh dikatakan sebagai isteri yang luar biasa pada masakini.
Pada masa ini terdapat lebih ramai isteri yang biasa-biasa saja dari segi ketaatan dan kepatuhan kepada suami juga biasa-biasa sahaja dari segi ketahanan jiwa dan mentalnya dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.
Sesuai dengan apa yang diceritakan oleh Nabi dalam Isra' baginda dimana kebanyakan dari penghuni neraka adalah wanita, termasuklah wanita yang derhaka kepada Allah dan suaminya.
Jika sudah itu kenyataannya sudah tentu di dunia kini kita dapat melihat banyak wanita yang bergelar isteri mempunyai ciri-ciri ahli neraka. Juga pada masa yang sama jika terdapat golongan wanita yang mempunyai ciri-ciri ahli syurga sudah tentu sedikit bilangannya.
Maka dari kiraan statistiknya kumpulan yang terkeluar dari populasi yang ramai atau yang biasa dinamakan sebagai kumpulan yang luar biasa.
Dalam konteks sebuah perkahwinan, kedudukan wanita atau isteri di sisi suaminya adalah sebagai pembantu atau suri dalam kehidupan. Jika suami ibarat raja yang boleh bertitah dan mengeluarkan perintah, isteri pula umpama menteri yang menerima segala arahan dan wajib mentaati serta merealisasikan perintah tersebut.
Dalam ertikata yang lain, isteri bertanggungjawab mentaati perintah suami.
Dalam Al-Quran jelas menyatakan perkara tersebut dimana isteri wajib mentaati suami selagimana perintah suami tidak bercanggah dengan perintah Allah Taala.
Isteri yang luarbiasa perlu lulus segala ujian. Ujian seorang isteri terletak dibawah kemampuannya mentaati perintah Allah dan juga perintah suaminya. Isteri yang ingin lulus dengan jayanya perlu mengetahui beberapa perkara yang menjadi kunci atau asas kejayaan.
01.Pertama, isteri perlu meletakkan Allah sebagai pusat ketaatan yang tertinggi dan utama atas segala-galanya.

Sementara suami wajib ditaati selagi apa yang diperintah tidak menyalahi atau membelakangi ketaatan isteri kepada Allah.
Dalam ertikata lain, isteri perlu tahu dan faham bahawa ketaatan beliau kepada suami adalah kerana Allah memerintahkan beliau untuk berbuat demikian, bukan kerana suami yang mengkehendaki sedemikian.
Adalah penting untuk isteri memahami perkara ini kerana kebanyakan isteri yang 'biasa-biasa' mudah merasa putus asa untuk terus mentaati apa yang dikehendaki oleh suami terutama apabila keinginan suami bercanggah dengan keinginan sendiri atau suami tidak membalas ketaatan dan kebaikan yang isteri lakukan.
Isteri yang luarbiasa mempunyai matlamat yang juga luarbiasa atau yang tidak dapat dilihat oleh isteri yang 'biasa-biasa'.
Jika isteri yang 'biasa-biasa' melihat hubungan antara suami dan isteri sebagai interaksi antara pasangan bercinta, isteri yang luarbiasa melihat hubungan tersebut dan interaksi antaranya sebagai ibadah kepada Allah Taala.
Maka tidak kiralah samada suami membalas atau tidak kebaikan yang dilakukan, isteri sebegini tidak akan berhenti dari terus melaksanakan kewajiban yang ditetapkan oleh Allah Taala.

02.Kedua, isteri perlu sentiasa menjana kekuatan mental dan spiritualnya.
Tanggungjawab seharian seorang isteri sangat mencabar kekuatan jiwa. Apatah lagi jika isteri tersebut bekerjaya. Tuntutan tanggungjawab yang berterusan mudah menekan perasaan naluri isteri yang secara fitrahnya sememangnya lembut dan halus.
Lebih mencabar lagi jika isteri tersebut mempunyai suami yang kurang sensitif atau kurang bertimbangrasa dalam hal-hal berhubung tanggungjawab di rumah.
Walau apapun keadaannya, apa yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seorang isteri akan kekal sebagai tanggungjawab yang bakal disoal di akhirat kelak.
Dalam ertikata yang lain, sekalipun isteri tersebut bekerja, tidak sekali-kali dia terkecuali atau dikurangkan dari tanggungjawab asasnya terhadap rumahtangganya.
Dalam keadaan ini jika tekanan tidak dapat dikurangkan seorang isteri yang luarbiasa akan sentiasa meningkatkan kekuatan mental dan spiritualnya melalui hubungannya dengan Allah Taala.
Semakin kuat tekanan, semakin rapat hubungannya dengan Allah. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasullullah s.a.w;
"Barangsiapa menjadikan semua kebimbangannya kepada satu kebimbangan (akhirat) Allah akan melenyapkan semua kebimbangan keduniaannya, dan barangsiapa yang membimbangkan tentang hal-hal keduniaan, Allah akan membiarkannya tenggelam dalam kebimbangannya"
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman yang kira-kira bermaksud:
"Wahai anak Adam! Luangkanlah masa kamu untuk beribadah kepadaKu dan Aku pastinya akan memenuhi dadamu dengan kekayaan dan kesenangan (iaitu merasa puashati dan bebas dari kesusahan) dan membebaskan kamu daripada bergantung (pada orang lain untuk keperluanmu) tetapi sekiranya kamu tidak melakukannya maka Aku akan memenuhi dadamu dengan perasaan gelisah dan rasa bersalah dan tidak akan membebaskanmu daripada bantuanmu (dan keperluan)."
Dengan kata lain, semakin bertambahnya kekayaan, kamu akan bertambah bakhil dan kamu akan sentiasa dalam kebuntuan.
Isteri yang luar biasa menjadikan Allah sebagai tempat mengadu, tempat bergantung dan memohon kekuatan.
Dalam keadaan bebanan tanggungjawab yang semakin bertambah; melayan dan memenuhi keperluan suami, mendidik dan mengasuh anak-anak, mengurus kerja-kerja rumahtangga yang tidak pernah berkesudahan, kemudian di tambah lagi dengan tuntutan tanggungjawab kerjaya sudah tentu kudrat manusia biasa tidak termampu untuk menanggungnya sendirian, apatah lagi oleh wanita yang berjiwa halus dan berfizikal lembut.
Dalam keadaan ini hanya Allah sahaja yang mampu memberi kekuatan, tempat mengadu yang menyediakan pemahaman yang amat mendalam dan tempat menggantung doa serta harapan yang tidak pernah mengecewakan.
Isteri luarbiasa mempunyai pertalian yang luarbiasa dengan Penciptanya.

03.Ketiga, isteri luarbiasa jiwanya penuh dengan kasih sayang.
Kasih sayang tersebut sentiasa mendorongnya untuk memberi berbanding menerima, memahami berbanding menuntut orang lain memahaminya, mengutamakan berbanding diutamakan, berkorban berbanding mengharap orang lain berkorban untuknya.
Isteri sebegini sedar dimana beliau dapat menyalurkan kedukaan dan keluhan agar tidak sampai nampak pada pandangan suami apatah lagi menyusahkan suami.
Bagi seorang isteri yang luarbiasa akhlaknya, tanggungjawabnya lebih utama dari hak yang perlu dituntut. Tanggungjawab akan dikira di depan Allah berbanding dengan hak.
Isteri solehah lebih gusar jika tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak dipenuhi olehnya berbanding dengan hak yang perlu diterima.
Isteri solehah lebih gusar jika kemuraman dan kemasaman wajahnya menyusahkan suami berbanding menuntut suami melayani perasaan dan kekecewaannya. Dalam ertikata yang lain, isteri yang luarbiasa juga mempunyai ketahanan mental dan emosi yang cukup tinggi.
Bagi setiap wanita yang bergelar isteri, yang bercita-cita untuk menjadi isteri yang solehah, sebaiknya mengukur kemampuan dan kesanggupan diri sendiri untuk memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan tadi.
Jika belum mampu, pertingkatkan usaha. Menjadi seorang isteri merupakan anugerah yang cukup tinggi bagi seorang wanita. Memiliki suami umpama memiliki jambatan bonus untuk meniti ke syurga. Namun tanpa ketaatan terhadap suami umpama tidak menghargai peluang yang ada.
Mengenepikan suami atau menderhakai suami pula, umpama merobohkan jambatan tersebut dan memilih untuk berenang ke syurga. Arahnya sama, namun sayang kemudahan tiada. Isteri yang luarbiasa sahaja yang berjaya tiba ke syurga yang dijanjikan Allah padanya.
Syurga pula ganjaran tertinggi bagi hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Apa yang perlu diingat selalu, sesuatu yang bernilai tinggi tidak diberi secara percuma juga tidak murah harga dan nilainya.